UMNO masih sebuah wadah politik terbaik yang menjadi idaman untuk digunakan bagi mentadbir urus negara ini, walaupun berdepan pelbagai cabaran masa kini dan pernah mengharungi krisis dalaman, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Menurutnya, antara yang mengidamkannya termasuk bekas pemimpin-pemimpin parti itu yang suatu ketika dahulu pernah menikmati wadah politik tersebut, tetapi kini cuba menanam kebencian terhadapnya.
"Saya percaya, dalam hati mereka (bekas pemimpin UMNO) sampai sekarang, (termasuk bekas Presiden UMNO) Tun Dr Mahathir Mohamad, walau apa sahaja yang dia cakap dan puji parti PKR dan DAP, dalam hati kecilnya saya tahu bahawasanya kalau nak menguruskan tadbir negara ini, 'vehicle' yang diperlukan adalah UMNO seperti yang dinikmatinya sekian lama.
"Cuma mereka 'sour grapes' apabila mereka tidak dapat berada dalam saf menguasai parti UMNO maka mereka keluar dan mereka cuba mencari jalan untuk mempopularkan parti yang mereka tubuhkan dan antara caranya adalah dengan menanam kebencian kepada UMNO, bukan kerana mereka tidak yakin (dengan UMNO)," katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM di TV1 pada Khamis.
Katanya, sejarah UMNO telah membuktikan bahawa parti itu adalah wadah politik yang paling berjaya kerana ia disulami roh dan semangat perjuangan yang tulen, walaupun menghadapi krisis dalaman yang membawa kepada sedikit perpecahan.
Kata Annuar, krisis-krisis yang dihadapi antaranya membawa kepada penubuhan parti politik serpihan seperti Parti Negara, Semangat 46 dan PAS, telah mengukuhkan lagi UMNO hingga jauh ke hadapan berbanding parti-parti politik lain.
"Ada parti-parti ini mahu buat mesyuarat agung dan pemilihan dalam parti pun kelam kabut, tetapi kita UMNO seperti yang dapat dilihat oleh semua, lebih 20,000 cawangan kita menjalankan mesyuarat, 191 bahagian mengadakan mesyuarat seluruh negara dalam keadaan meriah dan suasana untuk perhimpunan agung pula cukup bersemangat," katanya.
Justeru katanya, semangat dan roh sebenar UMNO itu perlu diserapkan ke dalam diri setiap anggota parti supaya mereka memahami matlamat kewujudan dan perjuangan sebenar UMNO yang begitu berbeza berbanding dengan parti-parti lain yang wujud kerana kepentingan individu tertentu.
Mengenai Perhimpunan Agung UMNO minggu depan, Annuar berkata ia akan diselubungi dengan 'winning mentality' dan menampilkan kekuatan serta perpaduan anggotanya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan berlangsung mulai 5 hingga 9 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2017
Annuar berkata, krisis-krisis yang dihadapi antaranya membawa kepada penubuhan parti politik serpihan seperti Parti Negara, Semangat 46 dan PAS, telah mengukuhkan lagi UMNO hingga jauh ke hadapan berbanding parti-parti politik lain. -Gambar fail
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.