MACHANG: UMNO Kelantan akan menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, esok.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata senarai calon termasuk yang akan bertanding di kerusi Parlimen Jeli itu melibatkan 45 DUN dan 14 Parlimen di Kelantan.
"Seramai 73 calon dikemukakan untuk kerusi Parlimen dan 232 calon untuk kerusi DUN. Bagi kerusi yang sudah ada wakil rakyat daripada UMNO kita akan mengemukakan lima calon, manakala enam nama bagi kerusi-kerusi yang tiada wakil rakyat (UMNO).
"Selebihnya terpulang kepada Presiden parti untuk meneliti dan melihat apakah daripada lima nama ini adalah mereka yang sesuai dan hanya akan dipilih seorang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gabungan Silaturahim Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Machang, berkata senarai calon itu disiapkan mengikut pandangan dan cadangan yang diputuskan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian-bahagian di negeri itu.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan, berkata UMNO tidak pernah meninggalkan mana-mana parti yang berikrar, berjanji untuk taat setia, bersahabat dan berkawan.
"Sekiranya berlaku Muafakat Nasional (MN) 2.0, UMNO Kelantan menyerahkannya kepada kepimpinan tertinggi parti untuk membuat keputusan kerana ia melibatkan dasar parti.
"Biarlah di Kelantan kita lakukan 'friendly match' (perlawanan persahabatan) sekiranya betul ada MN 2.0 dan tidak menolak kemungkinan kerana dalam politik semuanya boleh berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022

Ahmad Jazlan berkata, senarai calon termasuk yang akan bertanding di kerusi Parlimen Jeli itu melibatkan 45 DUN dan 14 Parlimen di Kelantan. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda
UMNO Kelantan perlu memberi peluang dan melahirkan lebih ramai golongan pelapis muda untuk menerajui Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.

Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.

Isu pengampunan Najib: UMNO Kelantan timbang putus hubungan dengan Amanah Kelantan - Zawawi
UMNO Kelantan akan mempertimbangkan untuk memutuskan kerjasama dengan parti Amanah di Kelantan.

PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti
UMNO Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti berkenaan selesai.

UMNO Kelantan mahu tindakan dikenakan terhadap pengkhianat parti
UMNO Kelantan juga menolak sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang melemahkan struktur dan strategi parti bagi memenuhi agenda individu.

UMNO Kelantan sedar kebangkitan pengundi muda, dekati belia sudah lama - Ahmad Jazlan
Menyedari peratusan anak muda yang layak mengundi bertambah lebih 50 peratus di Kelantan, UMNO negeri sudah memulakan program mendekati pengundi muda sejak awal tahun ini.

UMNO Kelantan serah senarai calon PRU15 esok - Ahmad Jazlan
UMNO Kelantan akan menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.

PRU15: UMNO Kelantan akan tampil ramai muka baharu termasuk tokoh agama
UMNO Kelantan bakal menampilkan lebih ramai muka baharu sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

PRU15: UMNO Kelantan hasrat bertanding 9 kerusi Parlimen, 35 DUN
UMNO Kelantan berhasrat untuk bertanding di sembilan kawasan Parlimen dan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

UMNO Kelantan perlu berani ketengah pemimpin muda - ADUN Galas
Ramai pemimpin muda atau muka baharu berpotensi untuk bertanding dalam PRU akan datang.