KUALA LUMPUR: Keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bersetuju mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diurus dengan pantas.
Menurut Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Mujibu Abd Muis, keputusan yang dibuat ini akan memberi persepsi negatif kepada pengundi atas pagar dan mereka yang tidak memahami proses undang-undang.
Mujibu menjelaskan, isu ini boleh dieksploitasi oleh pembangkang untuk menyerang dan menimbulkan persepsi negatif terhadap Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan.
"Kalaulah isu ini berjaya dimainkan oleh pihak tertentu yang mengeksploitasi dan memberikan persepsi dan konotasi yang negatif terutamanya, ini boleh dijadikan naratif untuk menyerang Pakatan Harapan.
"Seperti mana kes Datuk Seri Zahid dieksploitasi dengan baik ketika pilihan raya negeri yang lalu, maka mungkin ini akan memberikan kelebihan kepada parti lawan untuk menyerang Kerajaan Perpaduan.
"Saya melihat isu ini perlu diurus dengan pantas dan perlu diberikan penerangan yang sewajarnya kerana ini memberikan persepsi negatif kepada kelompok atas pagar dan kelompok yang tidak memahami politik dan sistem perundangan secara terperinci.
"Justeru UMNO dan kerajaan perpaduan dalam menerangkan hal ini adalah perkara paling menarik untuk diperhatikan selepas pengumuman ini berlaku," katanya kepada Astro AWANI.
Pada Jumaat, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan hukuman penjara keatas Najib dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun.
Manakala hukuman denda terhadap bekas perdana menteri itu dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Menurut kenyataan tersebut, Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028 namun sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan iaitu pada 23 Ogos 2029.
Astro Awani
Fri Feb 02 2024
Mujibu menjelaskan, isu ini boleh dieksploitasi oleh pembangkang untuk menyerang dan menimbulkan persepsi negatif terhadap Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan. - Gambar fail
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Israel nekad hapuskan pemimpin dan ahli kumpulan Houthi
Perdana Menteri Israel menegaskan pihaknya akan terus memburu semua pemimpin dan ahli kumpulan Houthi di Yaman sebagai balasan mengganggu keamanan dan ketenteraman negara haram Israel.
Pejuang Houthi didakwa lancar peluru berpandu ke arah Israel
Pejuang Houthi bertindak melancarkan peluru berpandu dari Yaman ke arah Israel. Bagaimanapun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya berjaya memintas peluru berpandu tersebut.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan orang ramai - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Serangan Israel ke atas Yaman hanya tingkatkan ketegangan
Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Yaman.
Enam terkorban dalam serangan Israel ke atas Yaman
Enam dilaporkan maut setakat ini akibat serangan rejim Zionis ke atas beberapa fasiliti yang dikaitkan dengan pejuang Houthi di Yaman. Agensi Berita Saba yang dikawal Houthi melaporkan tiga terbunuh dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa dan tiga lagi terbunuh di Hodeidah.
Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan
Najib dibenarkan untuk menyertai prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia, bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Pengampunan Najib: Jemaah Menteri tak bincang justifikasi Lembaga Pengampunan kurang hukuman
Kerajaan berpandangan tidak ada keperluan untuk membincangkan justifikasi Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak.
Pengampunan Najib: Semua pihak diminta bertenang - Anthony Loke
Semua pihak diharap dapat bertenang menghadapi keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Anthony Loke.
Pengampunan Najib: 'Harapan palsu lebih teruk daripada putus asa' - Nooryana
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa kecewa selepas Lembaga Pengampunan memutuskan hukuman terhadap bapanya hanya dikurangkan enam tahun lebih awal .
Pengampunan Najib: Tony Pua didesak mohon maaf secara terbuka
Tony Pua digesa membuat permohonan maaf terbuka berhubung tindakannya menyindir keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengampunan Najib: Mengapa tidak diumumkan lebih awal?
Hamzah menyelar tindakan Kerajaan Madani yang terlewat memaklumkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.
Yang di-Pertuan Agong miliki kuasa pengampunan mengikut perlembagaan
Hal ini dinyatakan dalam peruntukan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Pengampunan Najib: Penyokong 'Bossku' kecewa, keputusan sudah dijangka dari awal
Syed Muhammad Imran mendakwa keadilan terhadap Najib masih tidak ditegakkan dan dipandang remeh oleh kepimpinan tertinggi UMNO walaupun berada dalam Kerajaan Perpaduan.
Pengampunan: Najib ada hak memohon - PM Anwar
Anwar menambah semua pertimbangan telah diambil kira oleh Lembaga Pengampunan dalam membuat sebarang keputusan berhubung pengampunan.