KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk mengampun, menunda dan melegakan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya manakala Raja atau Yang Dipertua Negeri memiliki kuasa sama bagi kesalahan yang dilakukan di negerinya.
Hal ini dinyatakan dalam peruntukan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut Perkara 42 (2), tertakluk kepada Fasal (10) dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan berhubung peremitan hukuman kerana kelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri bagi meremit, menggantung atau meringankan hukuman bagi apa-apa kesalahan boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau mahkamah sivil dalam Wilayah Persekutuan dan kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri tempat kesalahan itu dilakukan.
Perkara 42 (3) pula menyatakan jika sesuatu kesalahan dilakukan secara keseluruhan atau sebahagian di luar Persekutuan atau di lebih daripada satu negeri, atau dalam keadaan yang boleh menimbulkan keraguan di mana kesalahan itu dilakukan maka ia hendaklah dikira telah dilakukan di negeri tempat kesalahan itu dibicarakan.
Sementara itu, Perkara 42 (5) menyatakan Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap negeri hendaklah terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Menteri dan tidak lebih tiga anggota lain yang dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri.
Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa, melalui surat cara secara bertulis, mewakilkan fungsinya sebagai anggota Lembaga itu kepada orang lain dan Raja atau Yang Dipertua Negeri boleh melantik mana-mana orang untuk menjalankan buat sementara fungsi mana-mana anggota yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak dapat menjalankan fungsinya.
Menurut Perkara 42 (6), anggota Lembaga Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri hendaklah bagi tempoh tiga tahun dan layak dilantik semula namun boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga.
Perkara 42 (8) pula menyatakan Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat dengan kehadiran Raja atau Yang Dipertua Negeri dan Raja atau Yang Dipertua Negeri hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
Berdasarkan Perkara 42 (9), sebelum memberi nasihat mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan pendapat bertulis yang mungkin dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.
Menurut Perkara 42 (10), kuasa untuk mengampun, menunda dan melegakan hukuman atau meremit, menggantung atau meringankan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah yang ditubuhkan di bawah undang-undang yang mengawal selia hal ehwal agama Islam di Melaka, Pulau Pinang, Sabah atau Sarawak atau Wilayah Persekutuan boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri terbabit.
Perkara 42 (11) pula menyatakan bagi maksud Perkara itu maka hendaklah ditubuhkan Lembaga Pengampunan tunggal bagi Wilayah Persekutuan dan peruntukan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah terpakai secara mutatis mutandis bagi Lembaga Pengampunan kecuali sebutan mengenai Raja atau Yang Dipertua Negeri hendaklah ditafsirkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai Ketua Menteri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan.
Terdahulu, Urussetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam kenyataan memaklumkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028 susulan keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman penjara dan denda terhadap beliau.
Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya membuat keputusan itu dalam mesyuarat ke-61 pada 29 Jan lepas.
Kenyataan yang dikeluarkan Urussetia Lembaga Pengampunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri itu turut memaklumkan denda yang perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Hukuman ke atas Najib, 70, yang kini meringkuk di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas beliau didapati bersalah atas masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Hukuman ke atas Najib, 70, yang kini meringkuk di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun. - Bernama
Beribu-ribu bantah Netanyahu di New York sebelum berucap di PBB
Bantahan itu berlangsung menjelang ucapan Netanyahu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Sebahagian England dilanda hujan lebat dan banjir semalaman
Pejabat Meteorologi mengeluarkan amaran amber untuk kawasan Midlands dan selatan negara itu semalaman, dengan nasihat itu tamat pada 6 pagi (0500 GMT).
[TERKINI] Sarawak kuasai pegangan majoriti Affin Bank
Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli melibatkan kedua-dua pihak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dimeterai pada Jumaat di Kuching Sarawak.
'Kenapa GISB buat begini kepada kanak-kanak, apa tujuan sebenar?' - Khutbah Jumaat JAIS
Jabatan itu menempelak tindakan GISB yang bukan saja gagal memelihara kanak-kanak, malah berlaku zalim dengan menyekat akses kepada pendidikan arus perdana dan mengeksploitasi kudrat mereka.
Tujuh resolusi ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang kepada PM - SPRM
Tujuh resolusi berhubung pembentukan ekosistem negara bebas rasuah akan dibentang ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional.
Taman Botanikal Perlis berpotensi jadi tarikan pelancongan baharu
Taman botanikal itu menjadi pusat pengumpulan koleksi tanaman nadir iaitu tanaman hampir pupus yang bertujuan mengekalkan manfaat tanaman.
Pahang pandang serius isu GISB, tiada kompromi ajaran langgar akidah dan syariah
Kerajaan negeri serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa, berhubung tindakan penguatkuasaan dan siasatan terhadap individu serta premis GISB.
China, Jepun, Korea setuju salur kepakaran pembangunan tenaga di ASEAN - Fadillah
Ketiga-tiga negara itu memaklumkan komitmen tersebut ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) 3 (China, Jepun, Korea) ke-21.
Polis buka kertas siasatan fitnah senator paksa pengawal peribadi makan khinzir
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada senator berusia 38 tahun itu pada 8.31 malam tadi.
Musa Hitam dilantik Menteri Darjah (Chancellor) baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.
Lawatan Negara ke China satu kejayaan - Agong
Sultan Ibrahim bertitah banyak perkara telah dibincang bersama Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang serta diterima baik oleh kedua-dua pemimpin.
Agong selamat tiba di tanah air daripada Lawatan Negara ke China
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba ke tanah air selepas mengadakan Lawatan Negara ke China selama empat hari.
Agong berangkat pulang ke tanah air, akhiri Lawatan Negara empat hari ke China
Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas mengakhiri Lawatan Negara pertama ke China selama empat hari bermula 19 Sept.
Agong lawat pusat penyelidikan pesawat COMAC di Beijing
Sultan Ibrahim meluangkan masa lebih sejam di pusat berkenaan dan turut berkesempatan mencuba simulator penerbangan yang disediakan.
Agong berkenan luang masa bertemu diaspora Malaysia di China
Lebih 300 diaspora Malaysia yang hadir antaranya ahli perniagaan, penuntut universiti dan warga kedutaan Malaysia ke China.
Sultan Ibrahim berkenan namakan Kursi Pengajian Melayu di BFSU atas nama baginda
Yang di-Pertuan Agong berkenan menamakan Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University dengan nama Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim.
Yang di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Beijing
Yang di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Great Hall of the People bersempena dengan Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke China.
Yang di-Pertuan Agong terima menghadap Perdana Menteri China di Beijing
Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan sukacita berada di Beijing untuk lawatan negara dan berbesar hati dengan sambutan mesra, layanan dan aturan lawatan yang disediakan.
Agong bertemu dua pemimpin tertinggi China hari ini
Sultan Ibrahim hari ini dijadualkan mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi China, iaitu Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang.