KUALA LUMPUR: Perwakilan UMNO Bahagian mula bersidang hari ini sehingga Ahad di seluruh negara melibatkan 191 bahagian.
Persidangan yang disifatkan sebagai medan terbaik mempersiapkan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu, bertujuan merancang strategi terbaik, menyuarakan saranan konstruktif dan kritikan bagi mengukuhkan gerakan parti secara keseluruhan.
Beberapa pemimpin tertinggi parti itu menzahirkan ucapan selamat bersidang menerusi media sosial rasmi masing-masing kepada seluruh anggota yang terlibat.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sayap parti perlu merapatkan saf selain mengetepikan titik 'bengik' (remeh) sesama sendiri dan meletakkan perjuangan parti mengatasi kepentingan diri.
"Dengan misi mencapai Kestabilan dan Kemakmuran (tema manifesto BN PRU15), mari kita susun sebaik mungkin gerak kerja jentera parti bagi merealisasikan hasrat rakyat yang sekian lama menderita dengan polemik politik yang turut menggoncang kemakmuran ekonomi," katanya dalam hantarannya di Facebook.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata persidangan perwakilan itu perlu dijadikan sebagai salah satu usaha untuk memperkemas jentera pilihan raya bagi menghadapi PRU15.
Beliau berkata oleh itu, ucapan pimpinan wajar mengulas tema manifesto Barisan Nasional (BN) selain meniupkan semangat perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menasihati akar umbi supaya menyokong siapapun wakil parti dan BN yang dicalonkan pada PRU15.
"Paling penting, tingkatkan iltizam dan semangat untuk bantu parti... tidak ada individu yang lebih besar dari parti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022
Perwakilan UMNO Bahagian mula bersidang hari ini sehingga Ahad di seluruh negara melibatkan 191 bahagian. - Gambar fail/Sinar Harian
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UMNO Bahagian mula bersidang hari ini
Perwakilan UMNO Bahagian mula bersidang hari ini sehingga Ahad di seluruh negara melibatkan 191 bahagian.
PM berbuka puasa bersama ketua, timbalan dan setiausaha UMNO Bahagian
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama ketua, timbalan dan setiausaha UMNO bahagian di kediaman rasminya di Seri Perdana.
Ahli UMNO pegang jawatan menteri, timbalan menteri perlu tarik diri serta-merta - Ku Li
Tindakan itu selari dengan cadangan daripada UMNO Bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan untuk memutuskan kerjasama dalam Perikatan Nasional.
Pemilihan bahagian Bakri ditangguh ekoran lebihan undi
Setiausaha UMNO bahagian berkata penyelaras pemilihan mendapati jumlah kertas undi yang diterima lebih sebanyak 48 daripada 570 perwakilan yang layak mengundi, selepas proses pengiraan.
'Tiada halangan jemput Muhyiddin' - Zambry
Datuk Seri Dr Zambry berkata tiada halangan bagi mana-mana UMNO Bahagian di Perak untuk menjemput Tan Sri Muhyiddin Yassin.