KOTA BHARU:Pucuk pimpinan UMNO akan mengadakan perbincangan berhubung tindakan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang mengumumkan menarik balik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sendiri mengetahui berita berkenaan melalui laporan media pada Sabtu.
Bahkan beliau juga tidak pasti sama ada tindakan Ahmad Jazlan itu dibincangkan dalam parti atau sebaliknya kerana sebarang keputusan mesti diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti.
"Kita akan bincanglah kalau ada isu seperti ini kita akan bincang. Saya sendiri tidak boleh beri apa-apa kenyataan kerana ia ada kaitan dengan pendirian parti.
"Apa yang berlaku parti kena putuskan. Saya cuma tahu melalui media semalam," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahmad Jazlan yang mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan PN dalam satu sidang media di sini, pada Sabtu.
Tindakan Ahmad Jazlan menarik sokongan itu mengurangkan jumlah majoriti kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BACA: Kerajaan Muhyiddin masih sah, UMNO perlu tentukan benarkan ahli tarik sokongan - Penganalisis
BACA: PN hilang majoriti, Muhyiddin perlu segera menghadap Agong, kata MP PKR
BACA: Wanita PKR cabar Muhyiddin benarkan PAU
Pada Sabtu, Ahmad Jazlan dari Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Selain itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa lebih ramai ahli Parlimen UMNO dijangka mengikut jejak langkah Ahmad Jazlan dan menarik sokongan terhadap kerajaan.
Muhafandi Muhamad
Sun Jan 10 2021

Ismail Sabri menjelaskan beliau tidak pasti sama ada tindakan Ahmad Jazlan itu dibincangkan dalam parti atau sebaliknya kerana sebarang keputusan mesti diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

UMNO Kelantan mahu tindakan dikenakan terhadap pengkhianat parti
UMNO Kelantan juga menolak sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang melemahkan struktur dan strategi parti bagi memenuhi agenda individu.

PRU15: Ahmad Jazlan kesal fitnah salah guna kedudukan lulus projek bina masjid
Ahmad Jazlan Yaakob, menafikan menyalah guna kedudukan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk meluluskan projek pembinaan sebuah masjid ketika menjawat jawatan itu.

UMNO Kelantan letak calon di kerusi tradisi miliknya - Ahmad Jazlan
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, UMNO Kelantan tidak akan berkompromi di kerusi yang menjadi tradisi ditandinginya.

UMNO Kelantan harap momentum kemenangan di PRN Melaka berterusan
Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengharapkan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berterusan sehingga ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

'Penafian Zahid itu yang karut dan cerita kartun' - Nazri Aziz
Nazri mendakwa awal tahun ini beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

UMNO akan bincang keputusan Ahmad Jazlan tarik sokongan - Ismail Sabri
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengetahui berita berkenaan melalui laporan media pada Sabtu.

Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN
Tindakan itu akan dilakukan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

PRU15: Muafakat Nasional Selangor selesai agih 90 peratus kerusi
Muafakat Nasional (MN) Selangor sudah menyelesaikan 90 peratus pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

UMNO Kelantan tak meminta jawatan - Ahmad Jazlan
Walaupun kerajaan Kelantan tidak lagi mempunyai pembangkang selepas kebersamaan UMNO dan Pas, UMNO yang turut mempunyai tujuh ADUN di Dewan Kelantan tidak akan menuntut jawatan.

'Kami terkejut, terkilan dan sedih, Ikmal tinggalkan kami' - UMNO Kelantan
Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan melahirkan rasa amat terkejut, terkilan dan kecewa bercampur sedih dengan pengisytiharan keluar parti yang dibuat oleh Ahli Parlimen Tanah Merah.