Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak memiliki sebarang saham dalam kedai roti premium, The Loaf yang menutup perniagaannya baru-baru ini.
Tun Mahathir berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berkaitan laporan kedai roti berkenaan menutup perniagaannya selepas beroperasi selama 12 tahun.
Katanya, setakat ini beliau hanya mempunyai 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
"Saham terbabit dianugerahkan kepada saya selepas merasmikan syarikat itu ketika menjadi perdana menteri sebelum ini," katanya, ketika ditemui selepas ceramah 'Selamatkan Felda! Selamatkan Malaysia' di Felda Bukit Tangga, di sini malam tadi.
Sebelum ini, satu notis penutupan The Loaf yang mempunyai 12 cawangan itu dimuat naik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk pelanggan mereka.
Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa ia ditutup sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif utamanya.
Ia turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggannya di atas sokongan diberikan kepada mereka sepanjang 12 tahun.
Sinar Harian
Sat Apr 14 2018

Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tiga kedai roti kembali beroperasi di Gaza dengan bantuan PBB
Ribuan orang hadir untuk membeli makanan sejurus selepas pengumuman bahawa pembelian boleh dibuat di kedai roti.

Kedai roti talian hayat golongan fakir Afghanistan di Kabul
Kesibukan dan hingar-bingar bandar Kabul ketika warganya bergegas dengan urusan masing-masing menjelang senja.

'Kek ilusi' bantu bangunkan semula perniagaan pasca pandemik
Daripada hanya tiga hingga empat pesanan yang diterima seminggu, Harley Cake Studio kini terima 15 hingga 20 pesanan pelanggan.

Tun M nafi miliki saham The Loaf
Katanya, setakat ini beliau hanya mempunyai 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).