Semua pengerusi badan perhubungan UMNO negeri diminta turun padang bagi bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk tumpuan terhadap kawasan berpotensi mampu dirampas semula daripada pembangkang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gendang perang sudah dipalu pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 untuk semua jentera parti menggerakkan usaha bagi memenangi PRU akan datang.
Justeru, beliau meminta jentera parti parti merapatkan barisan dalam kalangan anggota dan juga dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi memastikan setiap pengundi berdaftar dalam senarai semakan mereka ditemui.
InsyaAllah kita mampu menang besar dengan syarat DNA UMNO dan parti komponen BN yang sekian lama menjadi garis panduan dan asas perjuangan dipertahankan serta memastikan kesetiaan penyokong BN tidak terlepas, katanya.
"Melalui cara itu, saya berkeyakinan kita dapat tebus beberapa kekecewaan yang kita alami sebelum ini," katanya ketika berucap merasmikan majlis jamuan malam dan penyampaian hadiah Kejohanan Golf Piala AZH di Colmar Tropicale Berjaya Hotel & Resort, Bukit Tinggi, di sini malam ini.
Lebih 1,100 perserta menyertai kejohanan edisi ketiga itu bagi merebut hadiah utama berupa sebuah kereta proton Saga 1.3 CVT.
Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid, yang menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti, turut memuji dan mengkagumi semangat serta prestasi luar biasa presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PAU yang berakhir semalam.
"Kita tahu terlalu banyak isu yang disepak terajang kepada kita sejak akhir-akhir ini, namun saya kagum dengan presiden kita bermula dari awal majlis taklimat presiden sehingga ucapan penggulungan dan Perhimpunan Solidariti Rohingya, beliau telah menunjukkan prestasi yang luar biasa," katanya.
Katanya, faktor utama kekuatan Najib kali ini ialah sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi oleh semua anggota parti pelbagai peringkat termasuk semua pengerusi badan perhubungan negeri.
Beliau sekali lagi menyeru agar semua jentera parti bekerja keras kali ini kerana mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar daripada mencapai kemenangan.- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2016
Zahid meminta jentera parti parti merapatkan barisan dalam kalangan anggota dan juga dengan parti komponen Barisan Nasional (BN). - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.