KUALA LUMPUR: Tujuh transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan yang ditawarkan Kerajaan Persekutuan semalam mampu memberikan impak positif terhadap sistem Parlimen dan juga senario politik dalam negara.
Penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata tawaran itu bukan sahaja memberi faedah kepada kerajaan tetapi juga pihak pembangkang yang berminat melakukan transformasi Parlimen.
Beliau berkata ketujuh-tujuh tawaran itu akan menyuburkan demokrasi iaitu terhadap institusi Parlimen yang menjadi teras demokrasi berperlembagaan dan juga pembentukan masyarakat madani, tadbir urus yang baik serta kepimpinan dalam negara.
"Bagi saya tawaran itu menarik untuk beliau (Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) teruskan kerana itu akan memberikan impak yang positif, bukan sahaja ke atas reformasi Parlimen tetapi bagaimana reformasi Parlimen itu juga akan membawa kepada reformasi parti politik.
"Itu (tawaran berkenaan) juga boleh menjadi batu loncatan kepada populariti Perdana Menteri sendiri untuk membina keyakinan dan kepercayaan jika sekiranya beberapa daripada tujuh (tawaran) itu dapat dibawa ke Parlimen dan sekurang-kurangnya dibentangkan," katanya kepada Bernama semalam.
BACA: PM umum 7 tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan, wujud landskap politik baharu
BACA: 7 Tawaran Transformasi: 'Peluang pembaharuan, perkasa demokrasi' - Shahril
Sivamurugan berkata sekiranya tawaran itu tidak mendapat persetujuan majoriti Ahli Parlimen, sekurang-kurangnya Perdana Menteri telah menjalankan tanggungjawab untuk membawa perkara tersebut ke Parlimen dan terpulang kepada perdebatan dalam kalangan wakil rakyat.
"Ini (tawaran tersebut) tidak semestinya terus diwartakan. Ada beberapa bacaan (di Parlimen), dan saya percaya kalau sekurang-kurangnya dibawa ke bacaan pertama pun dah cukup (untuk mendapat persetujuan majoriti Ahli Parlimen)," katanya.
Kerajaan Persekutuan semalam menawarkan tujuh transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan bagi mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Antara yang terkandung dalam tawaran itu meliputi pembentangan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat dan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun, selain ahli parti pembangkang akan turut dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Sementara itu, penganalisis politik dan geostrategis Azmi Hassan berkata kesemua tawaran itu boleh dilihat sebagai hasrat ataupun konsep Keluarga Malaysia.
Azmi berkata dalam usaha menangani pandemik COVID-19 serta transformasi institusi Parlimen, kerjasama kerajaan dan pembangkang adalah diperlukan.
"Sebab itu tawaran dibuat, bukan sahaja tawaran menyertai MPN, tetapi juga keseimbangan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebab sekarang majoritinya kerajaan.
"Jadi tawarannya keseimbangan, kemungkinan besar 50-50 (seimbang). Jadi antara yang pembangkang tidak puas hati adalah suara mereka kecil dalam jawatankuasa Parlimen, ini dikatakan tawaran supaya pembangkang dan kerajaan bekerjasama antara satu sama lain demi kepentingan negara," katanya.
Beliau turut berpandangan pembangkang harus menerima ketujuh-tujuh tawaran terutama penglibatan dalam MPN untuk memberi pandangan dan cadangan penambahbaikan kerana ia bersifat objektif dan mempunyai tujuan yang nyata.
"Ini adalah keputusan yang paling mudah oleh pembangkang, maksudnya mereka tidak perlu berfikir ada niat tersirat kerajaan kerana niat yang tersurat adalah supaya dasar yang dikeluarkan oleh majlis ini adalah dasar yang terbaik dengan pembangkang juga dikatakan menjadi pihak berkepentingan.
"Jadi apabila dasar itu keluar, maknanya dasar itu dipersetujui secara bersama dan pembangkang tidak boleh merungut lagi lepas ini," katanya.
Azmi turut menyifatkan tawaran yang dikemukakan semalam sebagai 'hadiah' kepada institusi Parlimen yang bakal menginjak usia 62 tahun esok dan seharusnya ulang tahun itu diambil iktibar oleh wakil rakyat dalam hujahan, perbahasan mereka supaya nampak 'berisi' selain menampilkan kematangan terhadap tingkah laku masing-masing dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
Sivamurugan berkata sekiranya tawaran itu tidak mendapat persetujuan majoriti Ahli Parlimen, sekurang-kurangnya Perdana Menteri telah menjalankan tanggungjawab membawa perkara tersebut ke Parlimen. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Syor transformasi Parlimen dijangka dikemuka kepada Jemaah Menteri Mac ini
Memorandum syor berkenaan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Nilai semula proses pemilihan Senator, Dewan Negara tidak boleh di takuk lama - Rais Yatim
Katanya, ia seiring usaha mensohorkan Dewan Negara dan bagi menterjemahkan Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan.
Draf Transformasi Parlimen: Larang MP, Senator berdepan pendakwaan mahkamah sertai persidangan
Dewan Rakyat, Dewan Negara mempunyai hak untuk melarang mana-mana ahlinya yang sedang berdepan pendakwaan mahkamah daripada mengambil bahagian dalam persidangan kedua-dua Dewan sehingga kes selesai.
Kerajaan komited laksana transformasi, bentang RUU Antilompat parti
Kerajaan memaklumkan usaha transformasi itu termasuklah komitmen kerajaan untuk membentangkan RUU Antilompat Parti di Parlimen.
Penggubalan Kod Etika bentuk persepsi positif terhadap Ahli Parlimen - Rais
Dokumen Kod Etika itu akan dijadikan sebagai rujukan utama kepada Ahli Parlimen untuk melaksanakan peranan dengan lebih baik.
Reformasi Parlimen: Lantik Yang di-Pertua, Timbalan dengan semangat rentas parti - Bersih 2.0
Ia tidak harus dilihat sebagai monopoli parti-parti dalam kerajaan, lebih-lebih lagi untuk menunjukkan kekuasaan terhadap pembangkang.
Transformasi Parlimen mampu ubah konsep politik semasa - Annuar
Bagi Annuar, transformasi Parlimen ialah satu pencapaian yang mempunyai makna amat besar, begitu juga kesannya kepada negara.
Parlimen perlu bebas daripada cengkaman mana-mana pihak - Rais
Parlimen perlu bebas daripada cengkaman mana-mana pihak selari dengan transfomasi yang sedang direncanakan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.
Transformasi kerajaan, Parlimen, MA63 keutamaan Wan Junaidi
Transformasi sistem kerajaan dan Parlimen serta meneliti Perjanjian Malaysia 1963 jadi keutamaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Transformasi Parlimen: Kerajaan setuju tubuh jawatankuasa bersama - Wan Junaidi
Perkara ini dipersetujui selepas pertemuan dengan Senator Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Datuk Azhar Azizan Harun semalam.