KUALA LUMPUR: Parlimen perlu bebas daripada cengkaman mana-mana pihak selari dengan transfomasi yang sedang direncanakan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
Beliau berkata tumpuan agenda transformasi adalah kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 atau Akta 347 serta mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992.
"Begitu jugalah halnya dalam soal kewangan dan pentadbiran kerana sudah tiba masanya Parlimen menentukan kaedah kewangan sendiri dan bagaimana ia hendak dibelanjakan juga adalah bidang kuasa sepenuhnya Parlimen," katanya sempena majlis mengangkat sumpah jawatan enam Ahli Dewan Negara di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan Parlimen juga tidak boleh lagi dilabelkan sebagai alat mana-mana pihak untuk menghalalkan apa jua yang ingin dilakukan.
Justeru itu, katanya Dewan Negara dan Dewan Rakyat bersepakat untuk menambah baik struktur pentadbiran dan kerangka perundangan berkenaan dengan Parlimen agar konsep pengasingan kuasa benar-benar wujud sekali gus memastikan kewibawaannya dapat diperkasakan.
Rais menjelaskan Peraturan-Peraturan Mesyuarat juga akan ditambah baik meliputi aspek perjalanan mesyuarat, disiplin ahli dan memperkuatkan jawatankuasa-jawatankuasa pilihan khas supaya mempunyai kuasa pelaksanaan.
Menurutnya, jika semua transformasi berkenaan dilunaskan, banyak hal dan muslihat yang tidak dapat dikawal akan dapat diatasi oleh Parlimen melalui kuasanya.
Terdahulu enam senator yang mengangkat sumpah untuk lantikan selama tiga tahun ialah Dr Wan Martina Wan Yusoff, Datuk Ajis Sitin, Datuk Juhanis Abd Aziz, Aziz Ariffin, Seruandi Saad dan Fadhlina Sidek.
Dr Wan Martina merupakan pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang berkuat kuasa mulai 24 Ogos lepas hingga 23 Ogos 2024 manakala Ajis dan Juhanis adalah pilihan DUN Pahang yang berkuat kuasa pada 25 Ogos lepas hingga 24 Ogos 2024.
Aziz dan Seruandi pula dipilih DUN Perlis yang berkuat kuasa 26 Ogos lepas hingga 25 Ogos 2024, sementara Fadhlina merupakan pilihan DUN Pulau Pinang yang berkuat kuasa pada 1 Sept lepas hingga 31 Ogos 2024.
Kesemua mereka mengangkat sumpah sebagai senator buat kali pertama pada majlis yang berlangsung dalam keadaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim pada Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Negara di Dewan Negara, Bangunan Parlimen hari ini.- Foto BERNAMA
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.
288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.
10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam masa terdekat - Rafizi
Cadangan berkaitan definisi dan pengelasan kumpulan pendapatan T15 sedang diperhalusi dan akan diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Huraian 'jelik melampau' dalam pindaan Akta 588 tidak bersifat muktamad
Huraian itu adalah sebagai panduan kepada pegawai penyiasat, pihak pendakwaan dan mahkamah.