KUALA LUMPUR: Penggubalan Kod Etika Ahli-ahli Parlimen berupaya untuk membentuk persepsi positif masyarakat terhadap semua Ahli Parlimen seterusnya mengembalikan kewibawaan Parlimen sebagai institusi perundangan utama.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata dokumen Kod Etika itu akan dijadikan sebagai rujukan utama kepada Ahli Parlimen untuk melaksanakan peranan dengan lebih baik, selain membantu melaksanakan tugasan dengan lebih efektif dan berhemah.
"Kita melihat kelakuan mereka (Ahli Parlimen) beberapa bulan lepas menunjukkan mereka sudah lupa cara bertutur, menyampaikan idea dan cara untuk menegaskan sesuatu secara baik. Kita tak perlu mencarut, menggunakan bahasa kasar atau merendahkan status kita sebagai Ahli Parlimen.
"Kami di Parlimen, iaitu saya dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun akan cuba menguatkuasakan beberapa peruntukan Peraturan Mesyuarat secara tegas," katanya ketika ditemui selepas rancangan Ruang Bicara bertajuk 'Transformasi Parlimen 62 Tahun: Antara Kenal Huruf dan Celik Politik' terbitan Bernama TV malam tadi.
Rais berkata Kod Etika sedia ada tidak mempunyai punca kuasa khusus dan tidak bersifat punitif, justeru, kebanyakan peruntukan di dalam kod itu kurang efektif dalam mengawal dan membentuk etika yang baik dalam kalangan Ahli Parlimen.
Beliau berkata menerusi sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beberapa jenis etika akan disekalikan dengan Akta Parlimen 1952 sebagai salah satu langkah ke arah transformasi Parlimen dan akan diumumkan serta diperjelaskan kepada rakyat kepentingan merealisasikan usaha itu.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Kerajaan Persekutuan menawarkan tujuh transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan bagi mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Tawaran itu meliputi pembentangan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat dan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021

Rais berkata Kod Etika sedia ada tidak mempunyai punca kuasa khusus dan tidak bersifat punitif. - Foto fail

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim
Isu Palestin boleh disuarakan negara anggota ASEAN menerusi platform seperti forum, majlis menteri-menteri luar dan majlis ketua-ketua kerajaan.

Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan cerminkan kepelbagaian, kepentingan kaum - Rais
Antara peruntukan yang menggambarkan kepelbagaian kaum ialah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Wan Junaidi sah terima tawaran Speaker Dewan Negara, angkat sumpah esok
Wan Junaidi menambah sebagai rakyat yang cintakan negara, sukar baginya untuk menolak tawaran itu kerana ia satu amanah dan tanggungjawab.

Program Syarahan Parlimen dijadikan acara bulanan - Johari
Penganjuran Program Syarahan Parlimen yang kini memasuki siri kedua akan diteruskan sebagai acara bulanan bagi membolehkan masyarakat memberikan pandangan berhubung cara tadbir urus negara yang baik.

Penggubal undang-undang tertinggi China tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia
Pesawat Air China membawa Zhao bersama delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 8.15 pagi ini.

JKPK TIA kemuka syor tangani isu perjawatan SPRM, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Dewan Negara hari ini mengemukakan dua syor bagi mengatasi isu perjawatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) da

Persidangan Dewan Negara ditambah dua hari - Rais Yatim
Difahamkan tambahan dua hari berkenaan bagi menyelesaikan perihal berkait RUU dan urusan kerajaan yang lain.

Kerjasama Algeria-Malaysia dalam ekonomi, kebudayaan dan pendidikan perlu ditingkatkan - Rais Yatim
Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Pengiktirafan protokol senator di peringkat kerajaan negeri dipersetujui PM
Anwar sendiri akan berhubung dengan pihak kerajaan negeri untuk memberikan perhatian mengenai perkara tersebut.