KUALA LUMPUR: Draf berkenaan syor Jawatankuasa Transformasi Parlimen iaitu mengembalikan kuat kuasa Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dan beberapa pindaan berkaitan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, dijangka dikemukakan kepada Jemaah Menteri sebelum Mac ini.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata memorandum syor berkenaan telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
"Tanpa pengembalian fungsi dan peranan pentadbiran dan kewangan, Parlimen tidak akan berfungsi secara berasingan daripada kuasa Eksekutif," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Rais berkata jawatankuasa itu hanya berurusan mengembalikan kuat kuasa Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang telah dihentikan sejak 1993, dan di bawah akta itu terletak sebahagian fungsi dan kuasa asingan Parlimen, termasuk dari segi otonomi pentadbiran dan kewangan.
"Turut terkandung dalam syor Jawatankuasa Transformasi tersebut ialah mewujudkan kuasa Yang di-Pertuan Agong ke atas Kod Etika Ahli-ahli Parlimen, kuasa menghukum pihak-pihak yang mencela atau mempersenda kuasa Parlimen dan mana-mana jawatankuasa serta hal ehwal pentadbiran Parlimen.
"Secara amnya, keperihalan Perkara 44 dan 55 Perlembagaan Persekutuan yang mengasingkan Parlimen dari mana-mana entiti lain adalah menjadi keutamaan," katanya.
Menurut kenyataan itu, usaha mewujudkan fungsi dan peranan Parlimen yang berasingan daripada pengawalan cabang Eksekutif telah lama dipolemikkan, namun tidak menjadi tindakan asas sehingga kini khasnya susulan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan pihak pembangkang pada September lepas.
Terdahulu, Jawatankuasa Transformasi Parlimen yang dipengerusikan Rais mengadakan mesyuarat akhir semalam, setelah bermesyuarat beberapa kali sebelum ini.
Jawatankuasa itu dianggotai Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun, Wan Junaidi, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan kedua-dua Setiausaha Parlimen Dewan Negara dan Dewan Rakyat, serta pegawai yang mewakili pelbagai jabatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022

Menurut Jawatankuasa Transformasi Parlimen, usaha mewujudkan fungsi dan peranan Parlimen yang berasingan daripada pengawalan cabang Eksekutif telah lama dipolemikkan, namun tidak menjadi tindakan asas sehingga kini. - Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim
Isu Palestin boleh disuarakan negara anggota ASEAN menerusi platform seperti forum, majlis menteri-menteri luar dan majlis ketua-ketua kerajaan.

Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan cerminkan kepelbagaian, kepentingan kaum - Rais
Antara peruntukan yang menggambarkan kepelbagaian kaum ialah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Wan Junaidi sah terima tawaran Speaker Dewan Negara, angkat sumpah esok
Wan Junaidi menambah sebagai rakyat yang cintakan negara, sukar baginya untuk menolak tawaran itu kerana ia satu amanah dan tanggungjawab.

Program Syarahan Parlimen dijadikan acara bulanan - Johari
Penganjuran Program Syarahan Parlimen yang kini memasuki siri kedua akan diteruskan sebagai acara bulanan bagi membolehkan masyarakat memberikan pandangan berhubung cara tadbir urus negara yang baik.

Penggubal undang-undang tertinggi China tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia
Pesawat Air China membawa Zhao bersama delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 8.15 pagi ini.

JKPK TIA kemuka syor tangani isu perjawatan SPRM, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Dewan Negara hari ini mengemukakan dua syor bagi mengatasi isu perjawatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) da

Persidangan Dewan Negara ditambah dua hari - Rais Yatim
Difahamkan tambahan dua hari berkenaan bagi menyelesaikan perihal berkait RUU dan urusan kerajaan yang lain.

Kerjasama Algeria-Malaysia dalam ekonomi, kebudayaan dan pendidikan perlu ditingkatkan - Rais Yatim
Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Pengiktirafan protokol senator di peringkat kerajaan negeri dipersetujui PM
Anwar sendiri akan berhubung dengan pihak kerajaan negeri untuk memberikan perhatian mengenai perkara tersebut.