KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim menyifatkan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) menghina keputusan mahkamah apabila mendakwa Perikatan Nasional (PN) mengangkat semula calon yang mengamalkan rasuah dan sogokan pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 12 Ogos lalu.
Ahmad Amzad membangkitkan perkara tersebut sebelum Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Nor memulakan persidangan Dewan Rakyat pada Khamis, sekali gus mendesak Mohd Sany menarik balik dakwaan berkenaan.
"Saya memetik kata-kata Hulu Langat (iaitu) ‘mahkamah putuskan ada isu berlaku kesalahan dan kemenangan calon Kuala Terengganu dibatalkan dan PN mencalonkan semula calon yang lakukan amalan rasuah dan sogokan'.
"Ini menyimpang daripada warta keputusan hakim mahkamah yang tidak mensabitkan saya dengan kesalahan amalan rasuah dan dalam warta penghakiman tidak menamakan mana-mana pihak.
"Ini menghina mahkamah dan menghina saya sebagai wakil rakyat. Apa yang disabitkan adalah berkaitan program kerajaan dan mahkamah dalam keputusan sama di Kuala Terengganu, di Marang telah memberi keputusan berbeza dan Ketua Pengarah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyatakan pemberian insentif kerajaan tiada unsur rasuah,” katanya.
Sehubungan itu Ramli menyarankan Ahmad Amzad mengemukakan usul berkenaan sama ada mengikut Peraturan Mesyuarat 36, 18 atau 17 untuk dewan putuskan perkara berkenaan.
"Apa yang dibangkitkan itu ada caranya, saya sarankan Yang Berhormat Kuala Terengganu ambil remedi, buat usul 36 atau 18 atau 17, bangkitkan perkara itu untuk diputuskan," ujarnya.
Sebelum ini PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan selepas kerusi dimenangi Ahmad Amzad pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November lalu dibatalkan atas dakwaan rasuah pengundi.
Beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 47,266 undi dalam PRK 12 Ogos lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 14 2023

Ahmad Amzad mendesak Mohd Sany menarik balik dakwaan berkenaan. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Lebih 30 akaun palsu guna identiti Ahmad Amzad
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendakwa telah mengenal pasti lebih 30 akaun palsu di media sosial yang menggunakan gambarnya.

Tuduhan rasuah: Ahmad Amzad kata Sany hina dirinya, mahkamah
Ahmad Amzad menyifatkan Mohd Sany menghina keputusan mahkamah apabila mendakwa PN mengangkat semula calon yang mengamalkan rasuah dan sogokan.

'Satu lawan satu' di PRK Parlimen Kuala Terengganu
PRK Parlimen P036, Kuala Terengganu bakal berdepan dengan persaingan sengit 'satu lawan satu' apabila penyangangnya Datuk Ahmad Amzad Hashim dari Pas akan ditentang pencabar dari PKR.

Batal diskusi vaksin saat akhir, Amzad berkunjung ke PPIM sambung perbincangan
Pembatalan yang disebabkan urusan tidak dapat dielakkan itu mencetuskan pelbagai tomahan dan tidak kurang yang menyifatkan beliau sengaja tidak hadir kerana mengelak daripada menjawab isu berkenaan.