Prosiding undang-undang ke atas lapan bekas kakitangan kontrak Perbadanan Menteri Besar (MBI) diteruskan berikutan keengganan mereka memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata notis 14 hari yang dikeluarkan MBI sebelum ini supaya wang berkenaan dipulangkan semula masih tidak diendahkan malah mereka menghantar pula notis balas untuk menuntut jumlah pampasan lebih besar daripada sepatutnya.
Mengulas lanjut, Azmin berkata tindakan menghantar notis balas itu tidak memenuhi syarat dalam notis yang dikeluarkan MBI menyebabkan pihaknya terpaksa meneruskan prosiding undang-undang tersebut.
"Kami telah memulakan tindakan undang-undang terhadap mereka dan jika masih tetap tidak pulangkan pampasan itu, kita tiada pilihan lain selain meneruskan tindakan undang-undang itu malah dalam notis balas itu mereka tuntut pampasan lebih besar pula," katanya kepada pemberita semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, di sini.
Notis 14 hari yang dikeluarkan MBI pada 5 Jan lepas menuntut lapan bekas kakitangan kontrak itu supaya memberi maklum balas terhadap surat tuntutan pemulangan semula wang pampasan berkenaan.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin baru-baru ini pula dilapor berkata peguam yang dilantik lapan bekas kakitangan kontrak itu telah menghantar notis balas kepada pengurusan MBI pada 19 Januari lepas dengan memberi tempoh 14 hari untuk menjawab notis berkenaan.
Tindakan tersebut adalah susulan daripada keputusan MBI untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas kesemua bekas kakitangan tersebut kerana tidak memulangkan wang pampasan itu yang didakwa melanggar peraturan kewangan kerajaan negeri termasuk syarat-syarat kontrak yang telah dipersetujui.
Lapan bekas kakitangan kontrak MBI yang berkhidmat semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu menerima pampasan antara RM114,870 hingga RM699,000 seorang sebelum ini.
Bernama
Wed Feb 04 2015

Prosiding undang-undang ke atas lapan bekas kakitangan kontrak MBI diteruskan berikutan keengganan mereka memulangkan wang pampasan RM2.6j. -Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PRN: Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini
Keyakinan tersebut bersandarkan kepada sokongan para pengundi yang dilihat sepanjang 14 hari kempen termasuk 'Grand Finale' malam tadi.

Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.

Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq
Video Intim: Polis Sahkan terima laporan Muhammad Haziq

Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin
Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini.

Bajet: S'gor cadang tambah 50 peratus peruntukan pembangunan
Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan.

Azwan Ali: Abang saya layak jadi MB
Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin
Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan PKR pada PRU13 ini.