KUALA LUMPUR:Sebanyak 12 Ketua UMNO Bahagian Kelantan menyokong tindakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Menurut mereka, tindakan yang diambil Ahmad Jazlan itu perlu dilihat sebagai peringatan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya tidak sama sekali memperkecilkan dan membuli UMNO.
"Kami 12 Ketua UMNO Bahagian negeri Kelantan menghormati keputusan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (dan) kami juga berdiri teguh di belakang beliau dalam apa juga keputusan dan arahan oleh beliau kepada kami bagi mempertahankan UMNO.
“Keputusan yang dibuat oleh beliau adalah satu keputusan yang berprisip dan tidak mementingkan diri demi mempertahankan maruah parti," kata kesemua 12 Ketua UMNO Bahagian Kelantan dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kesemua pemimpin itu merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kota Bharu, Rantau Panjang, Kuala Krai, Pasir Puteh, Pengkalan Chepa, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Jeli, Kubang Kerian dan Machang.
Dalam masa sama, mereka berpendapat, pendirian yang diambil oleh Ahmad Jazlan itu membuktikan ahli
UMNO tidak takut kehilangan jawatan demi mempertahankan parti keramat itu.
"Pendirian yang dinyatakan oleh beliau amat jelas membuktikan bahawa ahli parti jangan takut kehilangan jawatan demi mempertahankan parti. Diharap agar pemimpin parti lebih berprinsip dalam memperjuangkan parti dan mempertahankan hak-hak UMNO.
"Tindakan ini juga sebagai peringatan kepada parti Bersatu supaya jangan memperkecilkan dan membuli UMNO seolah-olah parti ini tiada maruah," kata kenyataan itu lagi.
BACA: Ahmad Jazlan umum letak jawatan Pengerusi MPOB
Pada Isnini, Ahmad Jazlan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi MPOB berkuat kuasa Rabu ini.
Peletakan jawatan itu dilakukan tidak sampai setahun beliau dilantik ke jawatan itu.
Ahli Parlimen Machang dan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dilantik sebagai Pengerusi MPOB, 8 April lalu.
Pelantikan beliau adalah sebagai menggantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang telah berkhidmat sehingga 31 Mac 2020.
Sebelum membuat keputusan itu, Ahmad Jazlan berkata, peletakan jawatan itu bagi menzahirkan prinsip enggan bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau juga memberikan tempoh sehingga hujung Januari ini untuk kerajaan membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan.
BACA: Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN
Fareez Azman
Tue Jan 05 2021
Keputusan yang dibuat oleh Ahmad Jazlan adalah satu keputusan yang berprisip dan tidak memetingkan diri demi mempertahankan maruah parti, kata 12 Ketua UMNO Bahagian Kelantan. - Gambar fail
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Tumpuan Selasa – 19 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
COP29: Suara anak muda diangkat, sama penting pembuat dasar
Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan mengangkat suara anak muda sama pentingnya dengan kelompok pembuat dasar, saintis dan golongan perniagaan. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
Agenda AWANI: COP29 - Langkah Malaysia Terajui Dialog Iklim Rantau ASEAN
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
11 orang, 89 cedera akibat diserang peluru berpandu Rusia
Serangan itu turut mencederakan 89 penduduk, termasuk 11 kanak-kanak.
Petani Perancis bantah perjanjian perdagangan EU-Mercosur
Petani Perancis mengadakan protes pada Ahad bagi membantah cadangan perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dan pakatan ekonomi Amerika Selatan, Mercosur, memetik kebimbangan terhadap isu alam sekitar dan ekonomi.
10 Berita Pilihan - (18 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Runtuhan bangunan empat tingkat ragut 13 nyawa
Sekurang-kurangnya 13 individu disahkan terkorban dalam tragedi runtuhan bangunan di bandar Dar es Salaam, Tanzania yang berlaku pada pagi Sabtu. Perkara itu seperti yang dinyatakan sendiri Presiden Samia Suluhu Hassan dalam kemas kini terbaharunya pada yang Ahad yang mana beliau turut turun padang untuk melihat sendiri kemusnahan teruk bangunan empat tingkat itu.
Pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra ditangguhkan - PM
PM sudah maklumkan pada timbalan beliau, Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan pelantikan itu.
PRU15: Annuar tidak dicalonkan hanya khabar angin - Ahmad Jazlan
Dakwaan kononnya penyandang Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanyalah khabar angin.
UMNO Kelantan serah senarai calon PRU15 esok - Ahmad Jazlan
UMNO Kelantan akan menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.
'Poster boy' tak semestinya daripada kepimpinan UMNO Kelantan - Ahmad Jazlan
UMNO terbuka untuk menampilkan calon dari kalangan ahli yang lebih layak serta tidak semestinya kalangan kepimpinan di peringkat negeri.
Jangan ada yang cuba minta Ahmad Zahid berundur - Ahmad Jazlan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu meminta pihak tertentu supaya bersabar dan menghormati amalan demokrasi yang diamalkan dalam parti.
Tindakan Ahmad Jazlan, peringatan buat Bersatu jangan buli UMNO
Keputusan yang dibuat oleh beliau adalah satu keputusan yang berprisip dan tidak memetingkan diri demi mempertahankan maruah parti.
Keperluan rombakan Kabinet kuasa autonomi Muhyiddin - Ahmad Jazlan
Keperluan untuk mengadakan rombakan Kabinet atau sebaliknya adalah kuasa autonomi penuh dan kebijaksanaan Perdana Menteri, kata Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Kaki pelawak, penggiat seni dikir barat Kelantan terpaksa dipotong
Pelakon, pelawak dan penggiat seni dikir barat Kelantan, Mohd Idris Berahim, atau lebih dikenali sebagai Abang Jali Salam Pantai Timur, 58, kehilangan kaki kanannya akibat penyakit diabetes.