KOTA BHARU: UMNO Kelantan tidak ketandusan pemimpin yang mempunyai tokoh kepimpinan, berjiwa rakyat, malahan berlatarbelakangkan agamawan untuk dicalonkan sebagai menteri besar.
Sebaliknya, menurut Pengerusi Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, UMNO terbuka untuk menampilkan calon dari kalangan ahli yang lebih layak serta tidak semestinya kalangan kepimpinan di peringkat negeri.
Menurut Ahmad Jazlan, UMNO Kelantan di bawah kepimpinannya mengambil pendekatan membuka ruang kepada tokoh lebih layak yang boleh membawa perubahan dan kemajuan, baik duniawi mahupun ukhrawi di Kelantan.
"Tidak semestinya calon Menteri Besar atau 'poster boy' dipilih dalam kalangan kepimpinan UMNO Kelantan.
"Sebaliknya ahli UMNO yang dilihat layak, mempunyai ketokohan yang tinggi, berjiwa rakyat serta kalangan mereka yang memahami agama boleh ditampilkan sebagai calon.
"Sebenarnya ada pemimpin yang mampu urus tadbir negeri yang tidak ditonjolkan, walaupun sesetengah kata kami tiada calon untuk ditampilkan sebagai Menteri Besar Kelantan buat masa ini, namun UMNO Kelantan mempunyai matlamat yang mahukan perubahan di negeri ini.
"Saya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang menjadi kelaziman di mana-mana negeri diberikan ruang untuk menjadi 'poster boy' atau calon, saya tidak merasakan saya layak berada di kedudukan tersebut.
"Ini kerana saya percaya masih ramai anak Kelantan yang lebih layak dan mempunyai ilmu pengetahuan untuk membawa perubahan di Kelantan," katanya selepas majlis moreh dan santai bersama pengamal media Kelantan, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, UMNO Kelantan boleh mencadangkan sesiapa sahaja dalam kalangan pemimpin serta ahli UMNO sebagai calon Menteri Besar, namun keputusan akhirnya terletak di tangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno tidak bersetuju pandangan mengatakan UMNO Kelantan tidak mempunyai pemimpin yang layak untuk menjadi Menteri Besar selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan UMNO.
Ini kerana, tegasnya, kegemilangan Mustapa terserlah sewaktu beliau menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan kerana pada waktu itu beliau Menteri penuh, Kerajaan Persekutuan pada waktu itu juga Kerajaan Barisan Nasional.
"Mustapa dilihat terserlah sewaktu menjadi Pengerusi Perhubungan kerana beliau menteri penuh, mendapat kepercayaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa projek pembangunan di Kelantan, ada Jabatan Persekutuan JPP di Kelantan pada waktu itu yang menyerlahkan lagi kepimpinannya," katanya.
"Jika nak dibandingkan waktu saya mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan, pada waktu itu Kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan, tiada JPP, bahkan sekarang ini saya pula hanya Pengerusi Felcra, jauh panggang dari api lah kalau nak cerita terserlah atau tidak," jelasnya.
Tegas Ahmad Jazlan lagi, apa yang penting rakyat Kelantan wajar memahami bahawa UMNO Kelantan tidak mahu merebut jawatan untuk mencapai kedudukan sebagai pemimpin sebaliknya membuka ruang kepada calon yang dapat diterima rakyat, calon yang berpengalaman dan tokoh yang mampu membawa perubahan di Kelantan.
"Saya berhasrat akan bertanding pada pilihanraya Umum ke15, sekiranya Umno Kelantan mencapai kemenangan.
"Saya tegaskan tidak semestinya Menteri Besar Kelantan itu datangnya dari Pengerusi Perhubungan atau pimpinan peringkat bahagian, sebaliknya boleh jadi dari ahli biasa yang mempunyai ketokohan dan berjiwa besar untuk membawa perubahan di Kelantan.
"Itu yang saya maksudkan dan soal siapa layak mestilah mendapat persetujuan daripada presiden parti," tambahnya.
"Apa yang penting tokoh atau calon 'poster boy' itu diterima rakyat Kelantan serta mampu mengubah Kelantan ke arah negeri yang lebih baik dari sekarang yang mana selepas 32 tahun Pas Kelantan memerintah, mereka gagal menyelesaikan masalah air, cukai tanah yang tinggi, kebersihan, penerokaan hutan dan pembalakan, peluang pekerjaan kepada anak muda dan sebagainya.
"Sebagai anak jati Kelantan, saya ingin melihat Kelantan maju dan berubah.
"Sekiranya saya ingin meninggalkan dunia politik, tentunya saya mahu meninggalkan kepimpinan kepada tokoh yang layak yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Kelantan" katanya
Bersempena dengan kepulangan perantauan dari luar Kelantan untuk menyambut Lebaran, Ahmad Jazlan memohon mereka melihat negeri Kelantan pada hari ini dengan fikiran terbuka, apakah Kelantan sudah berubah?
Apa salahnya jika diberikan peluang dan peluang kepada UMNO untuk sepenggal bagi membuktikan UMNO Kelantan mampu mengurus tadbir dengan baik.
Vivi Sumanti
Thu Apr 28 2022
Ahmad Jazlan berkata UMNO terbuka untuk menampilkan calon dari kalangan ahli yang lebih layak serta tidak semestinya kalangan kepimpinan di peringkat negeri. -Astro AWANI
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Tumpuan Selasa – 19 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
COP29: Suara anak muda diangkat, sama penting pembuat dasar
Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan mengangkat suara anak muda sama pentingnya dengan kelompok pembuat dasar, saintis dan golongan perniagaan. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
Agenda AWANI: COP29 - Langkah Malaysia Terajui Dialog Iklim Rantau ASEAN
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
11 orang, 89 cedera akibat diserang peluru berpandu Rusia
Serangan itu turut mencederakan 89 penduduk, termasuk 11 kanak-kanak.
Petani Perancis bantah perjanjian perdagangan EU-Mercosur
Petani Perancis mengadakan protes pada Ahad bagi membantah cadangan perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dan pakatan ekonomi Amerika Selatan, Mercosur, memetik kebimbangan terhadap isu alam sekitar dan ekonomi.
10 Berita Pilihan - (18 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Runtuhan bangunan empat tingkat ragut 13 nyawa
Sekurang-kurangnya 13 individu disahkan terkorban dalam tragedi runtuhan bangunan di bandar Dar es Salaam, Tanzania yang berlaku pada pagi Sabtu. Perkara itu seperti yang dinyatakan sendiri Presiden Samia Suluhu Hassan dalam kemas kini terbaharunya pada yang Ahad yang mana beliau turut turun padang untuk melihat sendiri kemusnahan teruk bangunan empat tingkat itu.
Pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra ditangguhkan - PM
PM sudah maklumkan pada timbalan beliau, Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan pelantikan itu.
PRU15: Annuar tidak dicalonkan hanya khabar angin - Ahmad Jazlan
Dakwaan kononnya penyandang Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanyalah khabar angin.
UMNO Kelantan serah senarai calon PRU15 esok - Ahmad Jazlan
UMNO Kelantan akan menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.
'Poster boy' tak semestinya daripada kepimpinan UMNO Kelantan - Ahmad Jazlan
UMNO terbuka untuk menampilkan calon dari kalangan ahli yang lebih layak serta tidak semestinya kalangan kepimpinan di peringkat negeri.
Jangan ada yang cuba minta Ahmad Zahid berundur - Ahmad Jazlan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu meminta pihak tertentu supaya bersabar dan menghormati amalan demokrasi yang diamalkan dalam parti.
Tindakan Ahmad Jazlan, peringatan buat Bersatu jangan buli UMNO
Keputusan yang dibuat oleh beliau adalah satu keputusan yang berprisip dan tidak memetingkan diri demi mempertahankan maruah parti.
Keperluan rombakan Kabinet kuasa autonomi Muhyiddin - Ahmad Jazlan
Keperluan untuk mengadakan rombakan Kabinet atau sebaliknya adalah kuasa autonomi penuh dan kebijaksanaan Perdana Menteri, kata Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Kaki pelawak, penggiat seni dikir barat Kelantan terpaksa dipotong
Pelakon, pelawak dan penggiat seni dikir barat Kelantan, Mohd Idris Berahim, atau lebih dikenali sebagai Abang Jali Salam Pantai Timur, 58, kehilangan kaki kanannya akibat penyakit diabetes.