Sebanyak tiga kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan kesalahan yang dilakukan oleh penyokong parti politik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sejak hari penamaan calon hingga semalam.
Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Komisioner Yahaya Othman berkata, dua kertas siasatan dibuka di daerah Bentong manakala satu di Temerloh.
"Dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 manakala satu lagi kes dibawah Seksyen 4 (a) Akta pilihanraya 1954," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Yahaya berkata, dalam tempoh masa yang sama, sebanyak 208 permit ceramah sudah dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah untuk ceramah politik di seluruh negeri ini.
"Kita menasihati semua parti-parti politik yang bertanding untuk mendapatkan kelulusan permit bagi mengadakan ceramah daripada Ketua Polis Daerah di kawasan masing-masing.
"Ini sebagimana yang diperuntukkan mengikut Sekyen 24B (3) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihanraya 1954 (Boleh Mengadakan Perhimpunan Dan Syarahan Terbuka Dengan Kelulusan Permit)," katanya.
Sementara itu, Yahaya berkata, suasana berkempen di seluruh Pahang buat masa ini adalah terkawal, tanpa adanya kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku.
Noraniza Kamsani
Tue May 01 2018
Dua kertas siasatan dibuka di daerah Bentong manakala satu di Temerloh.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya di Pahang
Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Komisioner Yahaya Othman berkata, dua kertas siasatan dibuka di daerah Bentong manakala satu di Temerloh.