Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin berpendapat tidak salah sekiranya sebahagian 13 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah diberikan kepada calon muda untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Khairy berkata peluang perlu diberikan kepada calon muda untuk menjadi pelapis pemimpin sekali gus mendapat pengalaman dan berganding bahu dengan orang lama dalam politik.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata kerajaan akan bertambah hebat jika kebijaksanaan dan pengalaman orang muda digabungkan dengan orang lama yang sekali gus membimbing, menasihati dan mengasah bakat kepimpinan orang muda.
"Bagilah peluang kepada anak muda... kenapa anak muda tidak boleh diangkat dalam pilihan raya yang akan datang.
"Bukan semua kita minta tetapi kita minta selayaknya kita untuk diberikan peluang," katanya ketika berucap pada majlis penutup Karnival Varia-C Belia Muhibbah Kota Belud di Kampung Rampayan Laut, di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenaraikan cadangan pengagihan kerusi baharu DUN di Sabah merangkumi Bengkoka, Mangaris, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Dumpil, Dambai, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.
Penambahan 13 kerusi yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada Ogos akan menyaksikan DUN Sabah mempunyai 73 kerusi.
Dalam pada itu, Khairy berkata calon Barisan Nasional dan UMNO berani berdepan dengan siapa sahaja dalam pilihan raya akan datang.
Dalam perkembangan lain, Khairy mahu golongan muda berani bersuara dan berfikiran kritis dalam memberi pandangan atau teguran kerana ia tidak salah tetapi biarlah pandangan atau teguran itu dapat membantu pemimpin mentadbir dan membina kerajaan yang lebih baik.
Beliau tidak bersetuju tindakan segelintir golongan muda yang membuat demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan pemimpin kerana cara itu adalah tidak demokratik dan salah dari segi undang-undang. -- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2016
Khairy (gambar) berkata peluang perlu diberikan kepada calon muda untuk menjadi pelapis pemimpin sekali gus mendapat pengalaman dan berganding bahu dengan orang lama dalam politik. - Gambar fail
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
PRK Nenggiri: Pemuda UMNO taruh harapan orang muda bertanding
Dr Akmal berkata, orang muda lebih mudah mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk bangunkan kawasan.
PRN: Pas sukar capai sasaran bariskan 30 peratus calon muda
Ahmad Fadhli berkata untuk PRN kali ini, kemungkinan besar calon muda yang akan diketengahkan PAS hanyalah sekitar 10 peratus.
PRN: Pemuda BN harap 30 peratus calon muda bertanding
Pemuda Barisan Nasional (BN) berharap sekurang-kurangnya 30 peratus calon orang muda dipilih untuk bertanding di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
PRU15: Strategi MCA letak calon muda dalam setiap pilihan raya untuk jadi parti dinamik
Meletakkan calon-calon muda dalam setiap pilihan raya adalah strategi jangka panjang MCA untuk menjadikan sebuah parti dinamik yang mendengar suara anak muda.
PRU15: 82.6 peratus calon berusia lebih 40 tahun, hanya 2.5 peratus bawah 30 tahun
Daripada 1,386 calon yang bertanding di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU15, hanya 241 (17.3%) berusia bawah 40 tahun.
PRU15: Warisan umum tiga calon muda di Parlimen Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan
Warisan menampilkan tiga calon muda mewakili parti itu untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRU15: Pengundi muda, undi penentu
Putrajaya Terengganu dan Kelantan mendahului dengan jumlah tertinggi pengundi muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada November ini.
PRU15: Pertarungan antara calon muda - Bekas Exco Pemuda UMNO
Ia sejajar pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas yang telah diwartakan dan berkuat kuasa 15 Disember tahun lalu.
PRU15: MCA tampil ramai calon muda usia 30-an - Ka Siong
MCA akan menampilkan ramai calon muda yang berusia dalam lingkungan 30-an untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.