KISAH pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung di enam negeri pada Sabtu masih hangat dengan pelbagai cerita dan pengalaman.
Bagi jentera parti pula, penat lelah mereka bersengkang mata bermula dari mempromosi, membawa calon ke segenap pelosok kampung, kawasan perumahan waima rumah celah belukar sekali pun sanggup diredahi demi untuk memenangkan calon perlu dihargai,
Sama ada kalah atau menang, mereka sudah berusaha yang terbaik untuk memenangkan calon masing-masing.
Dua minggu tempoh berkempen adalah waktu genting buat calon dan juga jentera yang saling bekerjasama.
Meskipun ada perselisihan faham, calon datang lambat, calon tak nak ikut kata atau sebagainya, harga itu terbayar jika calon tahu menghargai jentera yang bertungkus-lumus untuk mereka.
Pada calon yang menang, anda sudah boleh mula berkhidmat termasuk mengotakan janji yang ditabur sepanjang berkempen.
Kita tidak mahu mendengar cerita lepas menang, batang hidung pun tak nampak. Jika itu berlaku, bermakna sia-sialah kudrat pengundi memilih anda sebagai wakil rakyat.
Pertama lepas menang jangan berlagak seolah-olah anda (YB) menang dengan sendirinya tanpa pengundi.
Kedua pastikan anda mudah untuk dihubungi dan pusat khidmat anda berfungsi sebagai tempat untuk rakyat bertemu anda.
Ketiga bersedia dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah setempat dan boleh bekerjasama dengan komuniti, persatuan penduduk tanpa sikap pilih kasih dan sebagainya.
Jika kriteria ini boleh diikuti, pasti ada akan menjadi YB yang disanjungi dan boleh dipilih lagi untuk penggal seterusnya atau parti anda terpaksa menerima hukuman daripada pengundi pada pilihan raya akan datang.
Tempoh lima tahun untuk buktikan anda boleh berkhidmat adalah bermula dari sekarang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 14 2023
Pengundi pelbagai peringkat umur sudah menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu, kini giliran YB pula mencurahkan khidmat buat pengundi mereka di kawasan masing-masing. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pelakon Lan Zailan meninggal dunia
Pelakon Lan Zailan meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM kira-kira pukul 4.21 pagi tadi.
Piala AMEC: Pengendali Indonesia diingatkan tak merungut pasal jadual
Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, ditegur agar tidak menjadikan penjadualan Piala AMEC sebagai satu beban.
Reman ke atas pelawak disyaki miliki ganja dilanjutkan 4 hari lagi, kes dirujuk TPR
Polis mendapat perintah lanjutan reman selama empat hari lagi bermula Khamis ke atas seorang selebriti lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya di sini, pada Sabtu lalu.
Polis buru dua suspek jenayah samun bersenjata di Muar
Polis giat memburu dua lelaki terlibat dalam kejadian kes samun bersenjata yang berlaku di Taman Sri Treh, Muar kira-kira pukul 6.20 petang, Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Muhammad Aidil Roneh Abdullah dalam satu kenyataan berkata sebaik menerima panggilan daripada orang awam pihaknya bergegas ke tempat kejadian namun kedua-dua suspek telah berjaya melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Muhammad Aidil Roneh Abdullah dalam satu kenyataan berkata sebaik menerima panggilan daripada orang awam pihaknya bergegas ke tempat kejadian namun kedua-dua suspek telah berjaya melarikan diri.
Rusia tingkat serangan di Kursk, Ukraine tertekan
Moscow telah memperhebat serangannya terhadap tentera Ukraine di wilayah Kursk dan meningkatkan tekanan di wilayah Donetsk, kata komander tertinggi tentera Ukraine pada Selasa.
Ketika perang memasuki tahun keempat, tentera Ukraine menghadapi tekanan besar akibat keletihan dan kekurangan anggota.
Ketika perang memasuki tahun keempat, tentera Ukraine menghadapi tekanan besar akibat keletihan dan kekurangan anggota.
Ahli Kongres AS desak Biden henti bekal senjata ke Israel
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Greg Casar, bersama 19 lagi anggota Dewan Perwakilan, telah menggesa pentadbiran Presiden Joe Biden untuk menghentikan penghantaran senjata kepada Israel.
Menerusi hantaran di X, Casar mengatakan jika kerajaan Netanyahu gagal membenarkan makanan dan ubat-ubatan mencukupi masuk ke Gaza, maka AS tidak boleh menghantar senjata ke Israel.
Menerusi hantaran di X, Casar mengatakan jika kerajaan Netanyahu gagal membenarkan makanan dan ubat-ubatan mencukupi masuk ke Gaza, maka AS tidak boleh menghantar senjata ke Israel.
Tahanan Teluk Guantanamo: '24 tahun tidak bertemu, tak sabar tunggu Nazir pulang' - Abang
Keluarga Mohammed Nazir Lep, 48 yang ditahan di Kem Guantanamo di Cuba dan sudah dihantar pulang ke Malaysia tidak sabar untuk bertemunya.
Rule of 78 tidak relevan dan membebankan peminjam
Menurut Pengarah Financial Faiz, Faiz Azmi, dengan peningkatan kesedaran kewangan, pengguna kini lebih bijak dalam mengurus kewangan dan menyedari bahawa membayar pinjaman lebih awal bukan sahaja memendekkan tempoh pinjaman, tetapi juga mengurangkan faedah yang perlu ditanggung.
Keperluan data tepat, terperinci dalam membangunkan ekonomi wanita
Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), USM, Dr Zaireeni Azmi berkata, dengan data yang tepat, langkah yang lebih inklusif dan disesuaikan dengan keperluan setiap golongan wanita dapat diwujudkan, seterusnya membolehkan mereka terus memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara dengan lebih berkesan.
Buat keputusan sangat sukar tidak tangguh SPM - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akui membuat keputusan amat sukar ketika memutuskan untuk meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir pada 1 Disember lalu.
UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar
UMNO Sabah akan konsisten dengan slogannya iaitu 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di negeri itu.
Tiba giliran YB pula berkhidmat untuk rakyat
Tempoh lima tahun untuk buktikan anda boleh berkhidmat bermula dari sekarang.