KOTA KINABALU: Politik perkauman adalah satu tindakan memecah belah perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini, kata Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu, UMNO adalah pertubuhan yang memperjuangkan kesamarataan dan menjaga kepentingan semua kaum.
"Sebetulnya politik perkauman ini memang tidak baik. Sebab itu, UMNO ini semua bangsa ada, dan berbilang agama.
"Dan UMNO Sabah tidak pernah memainkan isu-isu perkauman, bahkan kita menjaga kepentingan semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan islam.
"Kita memberi layanan yang sama rata," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan UMNO Sabah Ke-30 di sini semalam.
BACA: UMNO Sabah tumpu usaha pacu ekonomi, membangun rakyat - Bung
BACA: UMNO Sabah niat bertanding 12 kerusi pada PRU15 - Bung Moktar
BACA: Tiada politik perkauman, Malaysia mengamalkan fenomena 'kepembangkangan'
Berhubung kenyataannya sebelum ini berkenaan 14 kerusi Parlimen yang akan ditandingi Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Bung berkata, beliau hanya menyampaikan suara akar umbi.
Namun, jelasnya, keputusan akhir adalah tertakluk kepada hasil perbincangan bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Semuanya kena bincang,sebab perlu melalui gabungan ini. Semuanya melalui perbincangan.
"Cuma yang saya utarakan itu adalah cadangan dari akar umbi dan kita sampaikan, tetapi akhirnya kita akan memutuskannya melalui satu perbincangan," jelasnya.
BACA: UMNO Sabah sasar lebih 10 kerusi pada PRU15
BACA: PRU15: BN Sabah sasar bertanding 14 kerusi Parlimen
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Feb 20 2021

Bung Moktar (kiri) bercakap pada sidang media selepas Majlis Sambutan UMNO Sabah Ke-30 di Kota Kinabalu, 20 Feb, 2021. - Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.

Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.