KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang permohonan permit daripada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan akan menuju dan berhimpun di Istana Negara bagi menyerahkan satu memorandum hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata bagaimanapun pihaknya akan terus memantau keadaan keselamatan di ketiga-tiga pintu masuk ke Istana Negara.
"Setakat tengah hari ini, tiada mana-mana NGO yang diberikan permit kerana tiada yang tampil membuat permohonan (untuk berhimpun dan serah memorandum kepada pihak Istana Negara).
"Malaysia adalah negara yang mempunyai undang-undang. Kalau nak berhimpun perlu ada permit dan tidak boleh dibuat secara ad hoc. Ia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Bernama hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pasca PRU15: Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 - Istana Negara
Semalam, dilaporkan gabungan 588 NGO akan menyerahkan memorandum semua ahli Parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyokong Kerajaan Perpaduan kepada Istana Negara.
Ia susulan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa yang memberi masa kepada kedua-dua pimpinan Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya gabungan parti mewujudkan kerajaan perpaduan.
Sementara itu, tinjauan Bernama di pintu 1, 2 dan 3 Istana Negara mendapati tiada kelibat mana-mana kumpulan NGO atau penyokong yang berkumpul sehingga tengah hari ini dan tahap keselamatan masih terkawal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022

Pihak polis akan terus memantau keadaan keselamatan di ketiga-tiga pintu masuk ke Istana Negara. - BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

MBS hilang hasil lebih setengah juta akibat iklan tanpa permit
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kehilangan kutipan hasil lebih setengah juta akibat pemasangan papan tanda iklan tanpa permit.

Wanita Thailand ditahan disyaki seludup kaki ayam dari Malaysia
Seorang wanita Thailand berusia 46 tahun ditahan di Songkhlakerana disyaki menyeludup masuk kaki ayam bernilai RM77,972 dari Malaysia.

Himpunan #Reformasi100peratus: Tiga akan dipanggil minggu depan
Tiga individu yang terlibat dalam penganjuran himpunan #Reformasi100Peratus di luar bangunan Parlimen akan tampil kepada pihak polis pada minggu hadapan.

Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah guna diesel tanpa permit
Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan barang kawalan iaitu diesel lebih 19,000 liter tanpa permit.

Kilang roti beroperasi 20 tahun tiada permit simpan gandum
Penguat kuasa KPDN Pulau Pinang sita 700 kg tepung gandum di kilang roti terkenal di Jalan Transfer, George Town.

Tiada NGO buat permohonan permit serah memorandum ke Istana Negara - Polis
Polis tidak menerima sebarang permohonan permit daripada mana-mana NGO yang dikatakan akan berhimpun di Istana Negara bagi menyerahkan satu memorandum hari ini.

Hasrat pulang berhari raya terbantut dek ditipu operator bas ekspres
Kira-kira 30 penumpang sebuah bas ekspres di sini berang selepas didakwa ditipu oleh operator bas terbabit.