KUALA LUMPUR:Semua 14 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri mengecam perbuatan pihak tertentu membocorkan kandungan perbincangan tertutup sehingga mencetuskan suasana tidak menentu dalam parti.
Dalam satu kenyataan malam ini, mereka berkata, kepimpinan negeri menolak sebarang agenda yang cuba menangguk di air keruh untuk melaga-lagakan anggota mahupun kepimpinan.
Justeru, mereka berkata, semua kepimpinan dan anggota AMK Malaysia di semua peringkat diminta bertenang dan berlaku adil kepada kepimpinan untuk menjernihkan keadaan.
"Kami mengambil maklum berhubung isu kebocoran tangkap layar perbincangan tertutup melibatkan kepimpinan AMK Malaysia.
"Mewakili sayap AMK negeri, kami berpandangan perkara ini sewajarnya diselesaikan secara berhemah menerusi saluran dalaman parti.
"Kami percaya perkara ini juga akan dapat diharmonikan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan AMK (MPAMK) Malaysia yang melibatkan semua kepimpinan AMK Malaysia bersama ketua-ketua AMK negeri," kata mereka dalam kenyataan itu pada Ahad.
BACA: Perbualan pemimpin muda PKR tular, luah rasa kecewa terhadap Anwar
BACA: Tindakan Akmal Nasir belakangkan Presiden, khianat parti
BACA: "Aku nak 'hardcore' tempur dalam dewan" - Akmal dedah usaha porak peranda Kongres AMK
Pada masa sama, mereka percaya kepimpinan AMK akan tetap komited dan mendukung penuh presiden parti dalam usaha beliau membina Malaysia yang lebih baik dan mensejahterakan rakyat.
"Tiada asas kukuh untuk mempertikaikan kesetiaan kepimpinan AMK Malaysia terhadap pucuk pimpinan parti setelah kesetiaan ini dibuktikan menerusi komitmen AMK mempertahankan prinsip dan idealisme daripada agenda pengkhianatan yang lalu," kata mereka.
Astro AWANI pada Sabtu melaporkan satu perbualan dipercayai membabitkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk daripada AMK telah tular, dengan kandungannya antara lain menyelar presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi satu perbualan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti dilihat dan dilaporkan portal MalaysiaNow, perbualan itu jelas menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Anwar, berikutan mereka mendakwa beberapa kali dikecewakan presiden mereka sendiri.
Perasaan itu timbul selepas 'kegagalan' Ahli Parlimen Port Dickson itu membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti sekali gus menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi tangkap layar yang dilihat portal itu, dua pemimpin utama AMK mengkritik Anwar dan mengatakan akar umbi parti dipermainkan dan berterusan bergaduh sesama sendiri.
Astro Awani
Sun Dec 13 2020
!['Tiada asas kukuh pertikai kesetiaan pemimpin AMK terhadap presiden' - Ketua AMK negeri 'Tiada asas kukuh pertikai kesetiaan pemimpin AMK terhadap presiden' - Ketua AMK negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61593875065_anwar.jpg)
AMK negeri percaya kepimpinan AMK akan tetap komited dan mendukung penuh presiden parti dalam usaha beliau membina Malaysia yang lebih baik dan mensejahterakan rakyat. Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
!['Tiada asas kukuh pertikai kesetiaan pemimpin AMK terhadap presiden' - Ketua AMK negeri 'Tiada asas kukuh pertikai kesetiaan pemimpin AMK terhadap presiden' - Ketua AMK negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61593875065_anwar.jpg)
'Tiada asas kukuh pertikai kesetiaan pemimpin AMK terhadap presiden' - Ketua AMK negeri
AMK Negeri mengecam perbuatan membocorkan perbincangan tertutup sehingga mencetuskan suasana tidak menentu dalam parti.