SUBANG JAYA: Kementerian dan agensi kerajaan diseru untuk meneroka serta memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperingkat kecekapan dan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, ketika ini sudah banyak pihak yang memanfaatkan AI untuk aplikasi tertentu dan terbukti berupaya melonjak keupayaan produk dan perkhidmatan, namun penggunaannya masih belum menyeluruh.
Ujarnya, kerja-kerja seperti kemasukan data, pengurusan rekod dan penyimpanan dapat dilunaskan oleh AI dengan lebih cekap, selain mampu menjimatkan masa serta mengurangkan kemungkinan kesilapan manusia.
"Kakitangan awam dapat menyerlahkan kecekapan digital mereka dan memajukan karier mereka dengan menggunakan masa (yang dijimat dengan bantuan AI) untuk meningkatkan kemahiran dan latihan semula.
“Dengan merangkul inovasi digital, kita dapat mentransformasi dan menambah baik urus tadbir kerajaan, meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kemampanan," katanya.
Beliau mengambil contoh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang boleh memanfaatkan AI untuk memperkaya dan memperluas aktiviti pengauditan yang dijalankan.
Lanjut Fahmi, visi kerajaan adalah untuk mengubah Malaysia menjadi negara yang kompetitif, berwibawa dan makmur, didorong kuasa inovasi digital.
Maka untuk mencapai matlamat itu, kerajaan berusaha untuk memastikan infrastuktur digital dibangun dengan baik, mudah diakses dan selamat, sekali gus menyediakan asas teguh untuk masyarakat melangkah dalam era digital hari ini dan masa depan.
“Sekiranya ada sebarang teknologi AI untuk membantu melancarkan proses dan aspek tadbir urus serta kecekapan bagi perkhidmatan yang disediakan oleh agensi ini, maka kita amat alu-alukan,” katanya selepas melancarkan Pusat Pengalaman AI CelcomDigi (AiX) di Hub CelcomDigi, Subang Jaya di sini hari ini.
AiX merupakan sebuah hab sehenti inovasi dan kolaborasi yang dibina untuk memimpin, menginspirasi dan memajukan penciptaan penyelesaian digital berkelas dunia merentas pelbagai sektor.
Disokong ekosistem luas dibentuk oleh 40 pemain teknologi global terkemuka dan rakan kerjasama setempat, AiX akan berperanan sebagai titik tumpuan untuk kolaborasi rentas industri, mengangkat teknologi baharu seperti 5G, AI, Realiti Lanjutan (Extended Reality, XR), robotik, analitik dan Metaverse.
Fasiliti ini direka untuk merangsang kemajuan teknologi dan bertumbuhan syarikat-syarikat pemula, perusahaan, dan kemahiran masa depan digital yang baharu bagi membina ekosistem inovasi yang mekar seterusnya memacu transformasi digital Malaysia.
AiX menempatkan dua ruang unggul dipanggil ‘The Infinity’, direka untuk memberikan pengunjung pengalaman simulasi masyarakat digital yang imersif dan interaktif menggunakan teknologi audio-visual tercanggih; dan ‘The Gallery’, ruang pameran fizikal kes kegunaan industri dunia sebenar untuk mempamer potensi transformatif teknologi dalam mengembangkan perusahaan.
Turut dipamerkan, 13 daripada 45 penyelesaian yang sedang menjalankan ‘live pilot’ dengan perusahaan Malaysia meliputi lapan industri iaitu pembuatan, logistik, tenaga, perkapalan, pelabuhan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan teknologi pertanian.
Jadualkan lawatan untuk pelajari bagaimana CelcomDigi AiX dapat menginspirasi dan memajukan transformasi digital Malaysia di innovation@celcomdigi.com.
Israr Khalid
Tue Jul 09 2024
![Teroka, manfaatkan AI untuk pertingkat mutu perkhidmatan awam - Fahmi Teroka, manfaatkan AI untuk pertingkat mutu perkhidmatan awam - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720538382_CelcomDigiAiXFah.jpg)
Fahmi (tiga dari kanan) mencuba salah satu kecanggihan teknologi dorongan AI yang dipamer di Pusat Pengalaman AI CelcomDigi (AiX) di Hub CelcomDigi, Subang Jaya pada Selasa. - Astro AWANI
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
![Teroka, manfaatkan AI untuk pertingkat mutu perkhidmatan awam - Fahmi Teroka, manfaatkan AI untuk pertingkat mutu perkhidmatan awam - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720538382_CelcomDigiAiXFah.jpg)
Teroka, manfaatkan AI untuk pertingkat mutu perkhidmatan awam - Fahmi
AI terbukti berupaya melonjak keupayaan penghasilan produk dan perkhidmatan namun penggunaannya masih belum menyeluruh.
![Untung bersih suku pertama CelcomDigi naik kepada RM376.46 juta Untung bersih suku pertama CelcomDigi naik kepada RM376.46 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697783657_tbCelcomDigi.jpg)
Untung bersih suku pertama CelcomDigi naik kepada RM376.46 juta
Keuntungan bersih CelcomDigi Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024 meningkat kepada RM376.46 juta.
![Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716002383_tbYoodo.jpg)
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
![CelcomDigi lancar tiga filem raya berbeza mesej dan makna melalui Siri Bukalah Hati CelcomDigi lancar tiga filem raya berbeza mesej dan makna melalui Siri Bukalah Hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712654757_CelcomDigiRAYA.jpg)
CelcomDigi lancar tiga filem raya berbeza mesej dan makna melalui Siri Bukalah Hati
Bagi meraikan kemeriahan Aidilfitri tahun ini, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) melancarkan bukan satu tetapi tiga filem Raya melalui Siri Bukalah Hati hasil karya tiga pengarah muda berbakat.
![Axiata catat kerugian bersih RM1.99 bilion Axiata catat kerugian bersih RM1.99 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61614270448_Axiata.jpg)
Axiata catat kerugian bersih RM1.99 bilion
Axiata catat kerugian bersih berjumlah RM1.99 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.
![Maklumat gangguan liputan perkhidmatan akan segera diserah kepada CelcomDigi - Fahmi Maklumat gangguan liputan perkhidmatan akan segera diserah kepada CelcomDigi - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706100662_FahmiFadzil.jpg)
Maklumat gangguan liputan perkhidmatan akan segera diserah kepada CelcomDigi - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan menyerahkan maklumat mengenai gangguan liputan perkhidmatan dialami pengguna yang melanggan perkhidmatan dengan syarikat telekomunikasi CelcomDigi Bhd.
!['Projek My Malaysia' CelcomDigi, filem janaan AI bersumber ramai pertama negara 'Projek My Malaysia' CelcomDigi, filem janaan AI bersumber ramai pertama negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693560527_BPCELCOMDIGI.jpg)
'Projek My Malaysia' CelcomDigi, filem janaan AI bersumber ramai pertama negara
CelcomDigi memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk menterjemah aspirasi, impian dan harapan rakyat Malaysia terhadap tanah air bertuah ini.
![Penamatan SSA dengan DNB buka peluang penyertaan ke arah proses 5G yang baharu - CelcomDigi Penamatan SSA dengan DNB buka peluang penyertaan ke arah proses 5G yang baharu - CelcomDigi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674861633_celcomdigi.jpg)
Penamatan SSA dengan DNB buka peluang penyertaan ke arah proses 5G yang baharu - CelcomDigi
CelcomDigi turut memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa proses itu tidak akan memberi kesan kepada perkhidmatan 5Gnya.
![Unit CelcomDigi tamat perjanjian langganan saham dengan DNB Unit CelcomDigi tamat perjanjian langganan saham dengan DNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674861633_celcomdigi.jpg)
Unit CelcomDigi tamat perjanjian langganan saham dengan DNB
Anak syarikat CelcomDigi Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Celcom Mobile Sdn Bhd, menamatkan SSA masing-masing dengan DNB berkuat kuasa hari ini.
![Penyatuan dua keluarga tema Cerita Raya CelcomDigi Rumah Terbuka Penyatuan dua keluarga tema Cerita Raya CelcomDigi Rumah Terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682759377_TBcelcomdigijpg.jpg)
Penyatuan dua keluarga tema Cerita Raya CelcomDigi "Rumah Terbuka"
Aidilfitri tahun ini yang pertama diraikan bersama CelcomDigi sebagai sebuah entiti yang bergabung sejak November 2022.