Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - sama ada anda puas hati dengan senarai calon setakat ini?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Khamis.
Daripada 1,673 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati majoriti puas hati dengan senarai calon setakat ini.
Sebanyak 52 peratus memilih Ya, diikuti 31 peratus tidak, manakala 17 peratus tidak peduli.
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.