Tindakan keluar parti oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menjejaskan UMNO.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu pihaknya masih belum menerima surat daripada bekas Presiden UMNO itu untuk keluar parti.
"Saya tak terima surat (keluar parti) dari beliau.
"Keahlian UMNO pun tak terjejas sebab tiap-tiap bulan ada pertambahan ahli," katanya ketika ditemui media selepas sesi perjumpaan Menteri Wilayah Persekutuan bersama Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor dan juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim memberitahu, dia tidak masuk campur berkaitan keputusan Tun Mahathir keluar UMNO.
"Itu keputusan beliau, saya percaya beliau sudah cukup masak dalam politik dan tahu apa yang terbaik untuknya," katanya ketika ditemui dalam majlis sama.
Tambah Abd Khalid, rakyat boleh menilai akan keputusan yang dibuat Tun Mahathir itu baik atau tidak.
"Saya harap masa depan ialah kita kurangkan berpolitik tapi banyakkan usaha pembangunan rakyat," tambahnya.
Hilal Azmi
Tue Mar 01 2016

TENGKU ADNAN: Belum menerima surat 'keluar parti daripada Tun Mahathir.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

'No DAP, No Anwar': Muqharabbin umum keluar UMNO, sertai PN
Bekas Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Rabu sekali gus keluar daripada UMNO.

Kalau Ikmal sudi masuk Bersatu, saya ucapkan selamat datang - Maszlee
Dr Maszlee Malik mengalu-alukan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

'Tinggalkan UMNO sebab elak mudarat lebih besar' - Rosol
Datuk Rosol Wahid menegaskan tindakan beliau meninggalkan UMNO hari ini bukanlah sasuatu yang dibuat secara tergesa-gesa, tetapi setelah mengambil kira pelbagai aspek.

Ada yang tidak kena dengan UMNO sekarang - Rahman Dahlan
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan keluar parti beramai-ramai pemimpin UMNO Sabah pada Rabu merupakan isyarat bahawa ada sesuatu yang masih tidak kena dengan parti itu sekarang.

Cubaan sekat jadi perdana menteri sekadar tafsiran media - Anwar
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau tidak mempunyai sebab bagi meragui perjanjian serta persefahaman antara pimpinan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Labuan sah keluar UMNO
Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira faktor keadaan semasa ekonomi Labuan yang telah mengalami kejatuhan.

Isa Samad umum keluar UMNO
Bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah mengumumkan keluar dari UMNO.

Jalaluddin Alias nafi akan keluar UMNO
Datuk Jalaluddin Alias hari ini menafikan desas-desus kononnya beliau akan keluar daripada parti, seperti yang tersebar dalam media sosial.

Semoga jalan pilihan mereka akan beri kepuasan buat diri mereka - Ahmad Zahid
Zahid Hamidi berkata tindakan tersebut tidak wajar dilakukan apatah lagi beliau dipilih sebagai wakil rakyat atas kepercayaan UMNO.

Hishammuddin keluar Umno? Ada lagi yang akan keluar - Bung Mokhtar
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin sahkan akan ada beberapa lagi Ahli Parlimen dari UMNO akan meninggalkan parti itu.