Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengalu-alukan Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekiranya khabar mengenai perkara itu benar.
Menurut Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, beliau mengagumi Ikmal sebagai seorang pemimpin yang prihatin dengan kebajikan dan pendidikan rakyat.
"Ikmal memang saya kenali di Dewan Rakyat baru baru ini, kalau kualiti seperti beliau saya ucapkan selamat datang jika beliau sudi masuk Bersatu.
"Dia seorang yang prihatin dengan kebajikan dan pendidikan rakyat, kalau beliau masuk Bersatu, bagi saya beliau antara pemimpin yang berkualiti," katanya.
BACA: Ahli Parlimen Tanah Merah umum keluar UMNO
Beliau ditemui selepas majlis penyampaian Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif 2018 (AKRI 2018) di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA pada Jumaat.
Ikmal Hisham adalah seorang daripada enam ahli Parlimen UMNO yang mengisytiharkan meninggalkan parti keramat Melayu berkuat kuasa hari ini (14 Disember 2018).
Selain beliau, turut keluar adalah Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad, Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh.
Azyyati Ahmad
Fri Dec 14 2018

Menurut Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, beliau mengagumi Ikmal sebagai seorang pemimpin yang prihatin dengan kebajikan dan pendidikan rakyat. - fotoBERNAMA

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 10 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews
Brunei catat peningkatan jumlah pelancongan pada 2024
Brunei catat peningkatan pengunjung ke galeri budaya, perpustakaan dan tapak bersejarah dengan 8,655 pelawat direkodkan pada 2024, meningkat 70 peratus berbanding 2023.
Akta PSB_ Tidak akan memaksa pemilik untuk di usir - Tunku Nashrul
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri menyangkal dakwaan berkait isu Akta PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Tiada pemilik rumah atau tanah untuk diusir dan tidak mengubah peratusan Bumiputera atau mengubah komposisi etnik di sebuah kawasan. #AWANInews
Jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah agar semua pihak jangan mudah terpedaya dengan fitnah tanpa asas. Antaranya fitnah mengenai laungan azan di media sosial yang mengundang kegusaran awam. Naratif ini akan kerap berlaku setiap kali musim pilihan raya. #AWANInews

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Pemilihan PKR: Maszlee Malik sahkan bertanding Ketua Cabang Simpang Renggam
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mengesahkan bertanding jawatan Ketua Cabang Simpang Renggam pada Pemilihan PKR 2022.

Maszlee Malik sertai PKR, Anwar yakin parti bakal raih manfaat
Anwar sambut baik keahlian Maszlee yang disifatkan bakal memberi manfaat besar buat parti itu susulan prestasinya sebagai ahli politik muda.

COVID-19: Bimbang nanti ada sekolah tidak ditutup kerana takut dikompaun - Maszlee
Tindakan itu akan membuatkan ada pihak sekolah takut untuk menutup sekolah kerana tidak mahu dikompaun.

Maszlee nafi penduduk Simpang Renggam buat kenduri ketika PKP
Laporan media itu tidak benar kerana menyatakan penduduk di kedua-dua kampung ini mengadakan kenduri dan aktiviti lain ketika PKP dilaksanakan.

Maszlee mohon penduduk di Simpang Renggam bertenang, ikut arahan pihak berkuasa
Maszlee memberitahu, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan penularan wabak ini berjaya dikekang sepenuhnya.

Sering bercanggah dengan Kabinet didakwa punca Maszlee diminta letak jawatan
Keputusan yang dibuat Maszlee untuk meletak jawatan adalah atas kehendak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maszlee sifatkan keputusan 'pulang' jawatan ada hikmah
Dr Maszlee Malik menyifatkan keputusan beliau 'memulangkan' jawatan Menteri Pendidikan, dua hari lepas, mempunyai hikmah tersendiri buat dirinya dan penduduk Parlimen Simpang Renggam.

Petisyen desak Maszlee dikekalkan dapat sambutan
Selepas tiga jam dilancarkan, petisyen tersebut telah mendapat lebih 70,000 tandatangan yang mahu Maszlee dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan.

Maszlee perjelas sebab terlepas sidang Parlimen pinda Perlembagaan
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjelaskan beliau bukan sengaja untuk tidak menghadirkan diri sewaktu sidang Parlimen bagi meminda Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini.