KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mengesahkan bertanding jawatan Ketua Cabang Simpang Renggam pada Pemilihan PKR 2022.
Bekas menteri pendidikan itu mengesahkan perkara itu dalam kiriman WhatsApp kepada Bernama malam ini.
"Ya saya akan bertanding Ketua Cabang Simpang Renggam,"katanya.
Maszlee menyertai semula PKR pada November tahun lepas.
Beliau pernah mendaftarkan diri sebagai ahli PKR pada 2017 di cabang Ampang.
Maszlee kemudian menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan dilantik sebagai Menteri Pendidikan Kerajaan Pakatan Harapan namun dipecat dari parti itu pada Mei 2020 seterusnya memutuskan untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Terdahulu media melaporkan tiga selebriti tanah air turut mencuba nasib pada pemilihan kali ini antaranya pelakon dan produser Datuk Adflin Shauki yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua Cabang Setiawangsa.
Proses Pemilihan PKR 2022 bermula Ahad lepas sehingga 11.59 malam ini bagi proses pencalonan peringkat cabang manakala pencalonan bagi jawatan tertinggi pusat dan sayap dilaksanakan semalam.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasrullah Mohd Nasir pula mengesahkan beliau tidak mempertahankan jawatan disandangnya itu pada Pemilihan PKR 2022, sebaliknya memberi bayangan untuk bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Ahli Parlimen Johor Bharu itu berkata ketika ini beliau hanya mahu mempertahankan jawatan Ketua Cabang Johor Baharu.
"Tak pertahankan (jawatan Ketua AMK), saya dah habis penggal AMK. Ketika ini saya fokus pertahankan Ketua Cabang Johor Bharu. (Pencalonan jawatan ahli) MPP akan (saya) putuskan nanti," katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Bernama malam ini.
Hari ini, Bernama melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR (JPP) Dr Zaliha Mustafa mengesahkan hanya dua calon bertanding bagi jawatan Ketua AMK sehingga proses pencalonan ditutup tengah malam tadi.
Saingan jawatan itu menyaksikan dua bekas aktivis mahasiswa menawarkan diri iaitu Adam Adli Abdul Halim dan Fahmi Faizol.
Sebelum ini, PKR memutuskan pencalonan bagi pemilihan 20 Ahli MPP, Wanita dan AMK pada Kongres Nasional yang sepatutnya berlangsung semalam, ditangguhkan ke 28 Mei depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
![Pemilihan PKR: Maszlee Malik sahkan bertanding Ketua Cabang Simpang Renggam Pemilihan PKR: Maszlee Malik sahkan bertanding Ketua Cabang Simpang Renggam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649772154_TBMASZLEE.jpg)
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mengesahkan bertanding jawatan Ketua Cabang Simpang Renggam pada Pemilihan PKR 2022. - Gambar fail/BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643173619_DrMaszleeMalik.jpg)
Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.
![Pemilihan PKR: Maszlee Malik sahkan bertanding Ketua Cabang Simpang Renggam Pemilihan PKR: Maszlee Malik sahkan bertanding Ketua Cabang Simpang Renggam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649772154_TBMASZLEE.jpg)
Pemilihan PKR: Maszlee Malik sahkan bertanding Ketua Cabang Simpang Renggam
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mengesahkan bertanding jawatan Ketua Cabang Simpang Renggam pada Pemilihan PKR 2022.
![Maszlee Malik sertai PKR, Anwar yakin parti bakal raih manfaat Maszlee Malik sertai PKR, Anwar yakin parti bakal raih manfaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638012091_TBMaszleeMalik.jpg)
Maszlee Malik sertai PKR, Anwar yakin parti bakal raih manfaat
Anwar sambut baik keahlian Maszlee yang disifatkan bakal memberi manfaat besar buat parti itu susulan prestasinya sebagai ahli politik muda.
![COVID-19: Bimbang nanti ada sekolah tidak ditutup kerana takut dikompaun - Maszlee COVID-19: Bimbang nanti ada sekolah tidak ditutup kerana takut dikompaun - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619054623_notis.jpg)
COVID-19: Bimbang nanti ada sekolah tidak ditutup kerana takut dikompaun - Maszlee
Tindakan itu akan membuatkan ada pihak sekolah takut untuk menutup sekolah kerana tidak mahu dikompaun.
![Maszlee nafi penduduk Simpang Renggam buat kenduri ketika PKP Maszlee nafi penduduk Simpang Renggam buat kenduri ketika PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41577956483_MaszleeMalik.jpg)
Maszlee nafi penduduk Simpang Renggam buat kenduri ketika PKP
Laporan media itu tidak benar kerana menyatakan penduduk di kedua-dua kampung ini mengadakan kenduri dan aktiviti lain ketika PKP dilaksanakan.
![Maszlee mohon penduduk di Simpang Renggam bertenang, ikut arahan pihak berkuasa Maszlee mohon penduduk di Simpang Renggam bertenang, ikut arahan pihak berkuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569500689_TBMASZLEEMALIK.jpg)
Maszlee mohon penduduk di Simpang Renggam bertenang, ikut arahan pihak berkuasa
Maszlee memberitahu, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan penularan wabak ini berjaya dikekang sepenuhnya.
![Sering bercanggah dengan Kabinet didakwa punca Maszlee diminta letak jawatan Sering bercanggah dengan Kabinet didakwa punca Maszlee diminta letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61577958359_MaszleeMalikletak.jpg)
Sering bercanggah dengan Kabinet didakwa punca Maszlee diminta letak jawatan
Keputusan yang dibuat Maszlee untuk meletak jawatan adalah atas kehendak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Maszlee sifatkan keputusan 'pulang' jawatan ada hikmah Maszlee sifatkan keputusan 'pulang' jawatan ada hikmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81578132958_MaszleeMalik.jpg)
Maszlee sifatkan keputusan 'pulang' jawatan ada hikmah
Dr Maszlee Malik menyifatkan keputusan beliau 'memulangkan' jawatan Menteri Pendidikan, dua hari lepas, mempunyai hikmah tersendiri buat dirinya dan penduduk Parlimen Simpang Renggam.
![Petisyen desak Maszlee dikekalkan dapat sambutan Petisyen desak Maszlee dikekalkan dapat sambutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41577956483_MaszleeMalik.jpg)
Petisyen desak Maszlee dikekalkan dapat sambutan
Selepas tiga jam dilancarkan, petisyen tersebut telah mendapat lebih 70,000 tandatangan yang mahu Maszlee dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan.
![Maszlee perjelas sebab terlepas sidang Parlimen pinda Perlembagaan Maszlee perjelas sebab terlepas sidang Parlimen pinda Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549412817_MaszleeMalik.jpg)
Maszlee perjelas sebab terlepas sidang Parlimen pinda Perlembagaan
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjelaskan beliau bukan sengaja untuk tidak menghadirkan diri sewaktu sidang Parlimen bagi meminda Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini.