Seorang lagi ahli majlis kerajaan tempatan dari PAS Pulau Pinang meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkuat kuasa hari ini selepas parti Islam itu menamatkan kerjasama dengan DAP.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan lalu lintas dan Tebatan banjir negeri Chow Kon Yeow dalam kenyataannya hari ini mengesahkan pihaknya telah menerima surat perletakan jawatan Dahalan Fazil sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada petang Selasa di Komtar.
"Bagi pihak Kerajaan Negeri kami, mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sebagai Ahli Majlis MPSP," ujarnya.
Dahalan dilantik sebagai Ahli Majlis atas cadangan dari PAS pada awal tahun ini dan telah mengangkat sumpah pada 7 Januari, 2015.
Beliau seterusnya dilantik sebagai ahli jawatankuasa pelesenan dan penguatkuasaan, jawatankuasa lalu lintas dan infrastruktur dan jawatankuasa perancangan, pembangunan dan pengindahan MPSP.
Semalam, seorang Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Mhd Nasir Yahya telah meletak jawatan bagi menyahut gesaan Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya ahli-ahli PAS melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri.
Mhd Nasir dilantik sebagai ahli majlis atas sokongan daripada PAS pada tahun 2014 dan telah dilantik semula tahun ini.
Beliau juga merupakan ketua jawankuasa disiplin dari PAS dalam MBPP bagi tahun 2015.
Perletakan jawatan oleh wakil PAS bermula selepas Dewan Ulama parti itu sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas pada awal bulan lepas.
Ekoran itu, pada 6 Jun lepas, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, melepaskan jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.
Langkah itu, kemudiannya diikuti Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang meletak jawatan sebagai ahli Lembaga Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang.
Guan Eng seterusnya meminta semua pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri untuk menuruti jejak Mohamad dan Mujahid.
Berikutan tiada sebarang tindakan di buat wakil PAS yang lain, pada Jumaat lepas, kerajaan negeri mengambil tindakan menamatkan kontrak Setiausaha PAS Pulau Pinang Mohd Fadzil Kemi dari jawatan Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri pimpinan DAP itu.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir daripada PAS Datuk Mohd Salleh Man tegas dengan pendirian untuk terus berkhidmat dengan kerajaan negeri walaupun DAP hari ini mengisytiharkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti itu, PKR dan PAS tidak lagi wujud.
Astro Awani
Wed Jun 17 2015
![Seorang lagi ahli majlis kerajaan tempatan Pulau Pinang letak jawatan Seorang lagi ahli majlis kerajaan tempatan Pulau Pinang letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61434535197_295x200.jpg)
Dahalan dilantik sebagai Ahli Majlis atas cadangan dari PAS pada awal tahun ini dan telah mengangkat sumpah pada 7 Januari, 2015. - Sumber foto MPSP
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![Seorang lagi ahli majlis kerajaan tempatan Pulau Pinang letak jawatan Seorang lagi ahli majlis kerajaan tempatan Pulau Pinang letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61434535197_295x200.jpg)
Seorang lagi ahli majlis kerajaan tempatan Pulau Pinang letak jawatan
Dahalan Fazil telah meletak jawatan sebagai Majlis Perbandaran Seberang Perai pada petang Selasa di Komtar.