MELAKA: Semua parti politik perlu bersikap terbuka untuk duduk berbincang bersama-sama bagi menentukan masa depan rakyat, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata perbincangan antara parti politik bukan hanya menumpukan soal untuk menang pilihan raya semata-mata, malah tanggungjawab lebih besar menanti dalam menentukan hala tuju negara.
"Untuk kepentingan rakyat ini biarlah kita mempunyai sikap yang terbuka. Maknanya apa? Maknanya kita boleh duduk, bincang semata-mata untuk menentukan masa depan rakyat.
"Jadi selalunya kita membincangkan perkara-perkara seperti ini, bukan hanya nak membincangkan soal pilihan raya, tapi nak membincangkan soal kepentingan bagaimana nak menentukan masa depan negara yang lebih baik, cara mana, strategi bagaimana... apa semua itu harus difikirkan bersama-sama kalau benar-benar mahu berkecimpung dalam politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Iftar ala Madinah peringkat Parlimen Tangga Batu anjuran Bersatu Bahagian Tangga Batu, di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Krubong di sini pada Jumaat.
Hadir sama Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Mengulas mengenai idea kerjasama 'khemah besar' Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, Hamzah berkata semua parti politik mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai perkara tersebut.
Katanya apa yang penting adalah matlamat dan tujuan berpolitik adalah demi kepentingan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022
Hamzah berkata semua parti politik mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai perkara tersebut. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Rusia perkenal cukai pelancong baharu
Bermula 1 Januari 2025, pelancong yang menginap di hotel dan penginapan lain akan dikenakan tambahan satu peratus daripada kos penginapan mereka.
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Tahun Baharu 2025: Penduduk Gaza harap keamanan, dapat pulang ke rumah
Ketika Gaza terus dilanda peperangan, penduduk berkata harapan terbesar mereka adalah untuk melihat berakhirnya konflik dan pulang ke rumah masing-masing.
Titah Sultan Selangor 'jentik' rakyat meraikan perbezaan
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
10 Bahagian Bersatu digantung boleh bersidang Disember depan - Hamzah
Semua 10 bahagian parti Bersatu yang digantung sebelum ini, dibenarkan mengadakan persidangan dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.