SHAH ALAM: Tindakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan perlu dijadikan pengajaran buat Pakatan Harapan (PH) khususnya Parti Amanah Negara (Amanah).
Exco Pemuda Amanah, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, keputusan MUDA adalah tindakan yang patut dibuat setelah sering mengecam kerajaan sehingga menjadi punca kerajaan diserang dengan teruk.
Menurutnya, anak muda sudah muak dan penat dengan perangai ahli politik yang gilakan kuasa.
"Apa yang lebih penting, pemuda parti khususnya perlu tunjukkan dan zahirkan bahawa pimpinan seharusnya lebih tegas dan keras dalam membuat sebarang keputusan melepaskan mana-mana kerusi khususnya yang dimiliki Amanah kepada mana-mana parti lain lebih lagi parti yang baru berusia setahun jagung.
"Cukuplah parti Amanah ini menjadi parti yang diharapkan untuk memberi laluan kepada mana-mana pihak termasuk rakan koalisi. Parti kita bukan lagi parti masa hadapan tetapi parti hari ini.
"Semoga episod ngeri bersama sebuah parti yang lupa daratan yang menunggang anak muda ini menjadi pengajaran penting buat kita semua khususnya dalam Amanah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
MUDA dilapor akan bertindak sebagai pembangkang kuasa ketiga sekali gus menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan, pemberitahuan mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi surat yang diutuskan pada Ahad.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam reaksinya sebelum ini, mengingatkan Syed Saddiq bahawa kemenangan di Parlimen Muar adalah atas kerjasama dan persefahaman bersama PH setelah enam kerusi diberikan kepada MUDA untuk bertanding tanpa sebarang pertembungan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 11 2023
Fadhli berkata, anak muda sudah muak dan penat dengan perangai ahli politik yang gilakan kuasa. - Foto Sinar Harian
Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemenangan tipis kembalikan Arsenal ke tangga kedua
Kemenangan itu turut menyaksikan Arsenal kembali ke tangga kedua liga dengan enam mata di belakang Liverpool.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Pemain berusia 32 tahun itu tidak akan menyambung kontrak berikutan tempohnya bersama The Red Giants bakal tamat hujung bulan ini.
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.
Semoga episod ngeri bersama MUDA jadi pengajaran - Fadhli Umar
Katanya, keputusan MUDA adalah wajar memandangkan parti itu sering mengecam kerajaan sehingga menjadi punca kerajaan diserang teruk.
10 pemimpin PH dipanggil Isnin ini
Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.