Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar beriltizam akan memastikan UMNO menjadi pembangkang yang kuat sekiranya beliau dipilih menjadi presiden parti berkenaan.
Menurutnya, antara langkah pertama yang bakal beliau lakukan seandainya dipilih menjadi presiden ialah mewujudkan barisan pembangkang yang lebih sistematik berbanding pakatan sebelum ini.
“Sekiranya saya dipilih menjadi presiden, tugas saya adalah menyediakan parti ini untuk berhadapan dengan kerajaan di sidang parlimen yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Dalam sesi pertama parlimen nanti, rakyat mahu lihat sama ada UMNO sudah bangkit ataupun tidak daripada kekalahan.
“Saya akan bentuk satu kabinet bayangan secepat mungkin bagi membentuk barisan pembangkang yang berwibawa agar kerajaan hari ini mempunyai sistem akauntabiliti seperti mana yang rakyat mahukan,” katanya ketika dalam satu sesi temu bual bersama Sinar Harian hari ini.
Dalam pada itu, Khairy yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO turut berikrar akan melakukan perubahan bermula dari akar umbi UMNO itu sendiri.
“Kita juga harus melakukan reformasi yang luar biasa dalam UMNO.
“Selain melibatkan golongan profesional dalam parti ini, kita perlu cari bakat baru seperti mewujudkan dua jawatan naib presiden dan satunya, dipegang oleh wanita,” jelasnya.
BACA: Khairy ikrar kembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO
Terdahulu, Khairy berjanji akan kembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO jika dipilih sebagai calon presiden.
BACA: Ku Li, KJ sah berdebat di Astro AWANI 29 Jun ini
Khairy bakal berdebat dengan calon presiden lain, Tengku Razaleigh Hamzah langsung di Saluran 501 Astro AWANI, FB Astro AWANI dan www.astroawani/live-tv pada 29 Jun, 2018.
Atiqah Ismail
Thu Jun 21 2018
Calon Presiden UMNO, Khairy beriltizam membentuk barisan pembangkang yang berwibawa berbanding pakatan sebelum ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Awang Putrayusrie Pengarah UKAS baharu
Bekas Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Redzuan dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Biden beri penghormatan kepada bekas Presiden Carter di pengebumian negara
Biden berkata, persahabatannya dengan Carter telah mengajarnya erti keperibadian lebih berharga berbanding gelaran atau kuasa.
Perdana Menteri Jepun diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Perdana Menteri Jepun yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.
Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran hutan di Los Angeles
Sebagai tindak balas terhadap kebakaran hutan di Los Angeles, Kamala Harris membuat keputusan untuk membatalkan lawatan beliau.
Mahkamah New York tolak permohonan Trump tangguh tarikh jatuh hukum kes wang sogokan
Hakim Jenny Rivera dari Mahkamah Rayuan New York enggan menandatangani perintah itu selepas meneliti permohonan untuk menangguhkan sesi berkenaan.
Pelajar tahfiz maut ditemui dalam keadaan memeluk al-Quran
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Zahwa, 14, ditemui maut dalam keadaan memeluk senaskhah al-Quran.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham berharga rendah
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 3.48 mata kepada 1,604.29 daripada paras 1,600.81.
Mangsa banjir di Perak bertambah hari ini
Lapan belas orang daripada lima keluarga berlindung di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai berbanding 15 orang daripada empat keluarga semalam.
UMNO boleh kembali kuat jika akar umbi sedia berubah - Ku Li
Kerosakan yang dialami UMNO bukanlah 'terlalu teruk', sebaliknya ia memerlukan nafas baharu bagi meneruskan kelangsungan sebagai parti yang kredibel dan berintegriti.
'Sekiranya saya dipilih jadi Presiden UMNO ...' - Khairy
Calon Presiden UMNO dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar beriltizam bentuk pembangkang berwibawa berbanding pakatan.