Calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata parti itu boleh bangkit menjadi parti yang kuat sekiranya anggota akar umbinya bersedia membuat pembersihan dan perubahan.
Pemimpin veteran berusia 81 tahun itu berkata pada hakikatnya kerosakan yang dialami UMNO bukanlah 'terlalu teruk', sebaliknya ia memerlukan nafas baharu bagi meneruskan kelangsungan sebagai parti yang kredibel dan berintegriti.
Anggota Parlimen Gua Musang itu, yang mesra dipanggil Ku Li, berkata UMNO perlu lebih inklusif dan mengubah imejnya daripada dilihat sebagai parti elitis, mewah dan dikawal oleh kelompok pemimpin yang mempunyai jurang begitu jauh daripada rakyat.
"Rakyat bukan tidak mahu kepada UMNO tetapi ia nampak (jurang) semakin jauh, seolah-olah orang UMNO ini sangat elitis, tidak boleh bergaul dengan orang biasa. Kalau (anggota UMNO) tukar sikap ini, orang akan kembali sokong UMNO.
"Apa yang perlu, tiup kembali semangat perjuangan UMNO dan UMNO bangkit bergerak sebagaimana kehendak orang ramai terutamanya orang Melayu...dan, dengan sokongan bukan Melayu, kita boleh jadi kuat semula," katanya dalam temu bual dengan Bernama di kediamannya di Jalan Langgak Golf, Ampang Hilir di sini, hari ini.
Tengku Razaleigh berkata UMNO juga perlu lebih terbuka dan demokratik bagi membolehkan anggotanya terutama peringkat akar umbi menyuarakan pandangan dan membuat teguran kepada pemimpin tanpa khuatir dikenakan tindakan.
Bagi melakukan perubahan total kepada UMNO, beliau melihat elemen 'warlords' dan politik wang yang selama ini menjadi antara punca parti itu ditolak.
"Ia mesti dihapuskan bagi memulihkan parti dan untuk bangkit kembali," tegasnya.
Untuk itu, jika dipilih sebagai Presiden UMNO, Tengku Razaleigh tidak menolak kemungkinan meminda perlembagaan dan mewujudkan peraturan yang boleh menutup ruang daripada perkara seumpama itu berlaku.
Pada pemilihan parti esok, Tengku Razaleigh, yang kembali aktif dalam politik arus perdana, akan bersaing merebut jawatan Presiden UMNO bersama-sama empat calon lain termasuk Pemangku Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pergerakan Pemuda Khairy Jamaluddin.
Tengku Razaleigh menegaskan beliau pada awalnya keberatan untuk bertanding jawatan utama parti itu selepas tewas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987, yang menyaksikan beliau tidak menonjol dalam kepimpinan arus perdana parti sejak itu.
"Kali ini (bertanding) hanya untuk mengembalikan kredibiliti dan integriti parti supaya diterima oleh rakyat," katanya.
Sambil mengakui tidak mengenali rapat dengan pemimpin sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Tengku Razaleigh berkata beliau tidak melihatnya sebagai kekangan untuk bekerjasama menjadi pasukan utuh jika memenangi jawatan nombor satu parti itu.
Sepanjang hampir dua minggu menjelajah ke seluruh negara bagi menemui perwakilan dan anggota parti, beliau berkata sambutan yang diterimanya sangat baik dengan anggota akar umbi menyuarakan supaya UMNO melalui perubahan.
Sambil menyatakan hasratnya untuk berkhidmat hanya sepenggal (tempoh tiga tahun pemilihan parti), Tengku Razaleigh yang menjadi wakil rakyat selama hampir 50 tahun sejak pilihan raya umum 1969 berkata beliau mahu melihat golongan muda menerajui UMNO dan diberikan peranan lebih meluas sebagai pemimpin pelapis.
"Kita mesti beri kesempatan dan peluang kepada orang muda tidak kira dalam parti ataupun di luar. Kita akan pastikan barisan pimpinan kita dibantu oleh 'brain trust' atau 'think tank' yang terdiri daripada golongan profesional dan intelek supaya dapat membantu untuk menyumbang buah fikiran dan membantu Ahli Parlimen dalam urusan biasa dan urusan khas bagi membantu rakyat," katanya.
Mengenai UMNO menjadi parti pembangkang yang berwibawa, Tengku Razaleigh berkata parti itu hendaklah berupaya memberi teguran konstruktif terhadap kerajaan dengan keutamaan menjaga kepentingan rakyat.
Ketika ditanya apakah beliau pernah menjangka untuk berdepan sekali lagi dengan Dr Mahathir, yang kembali menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri, dalam platform yang berbeza setelah sekian lama, Tengku Razaleigh berkata: "Inilah karma. kita hadaplah. Sekiranya saya dipilih (sebagai Presiden UMNO), saya bangkang (lawan) dia sekali lagi."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 29 2018
Tengku Razaleigh Hamzah berkata parti itu boleh bangkit menjadi parti yang kuat sekiranya anggota akar umbinya bersedia membuat pembersihan dan perubahan. -Gambar fail
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
UMNO boleh kembali kuat jika akar umbi sedia berubah - Ku Li
Kerosakan yang dialami UMNO bukanlah 'terlalu teruk', sebaliknya ia memerlukan nafas baharu bagi meneruskan kelangsungan sebagai parti yang kredibel dan berintegriti.
'Sekiranya saya dipilih jadi Presiden UMNO ...' - Khairy
Calon Presiden UMNO dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar beriltizam bentuk pembangkang berwibawa berbanding pakatan.