Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa kerajaan agar menghentikan segala kenaikan kos yang berlaku ketika ini.
Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan rakyat sudah tidak boleh menerima lagi pelbagai kenaikan harga yang membebankan kos sara hidup mereka.
"Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini."
"Enough is enough," kata Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan.
MESTI BACA: Kanak-kanak 7 tahun ke atas dicaj harga tiket dewasa, KTM 'dihentam' pengguna
Tambahnya, Pemuda UMNO juga membantah apa jua kenaikan tol selepas ini baik untuk dua lebuh raya antara bandar ini, mahupun mana-mana lebuh raya sekalipun.
"Selama ini bila tol naik, kita minta anak muda guna pengangkutan awam. Tapi sekarang, lepas kita naikkan harga tol, tambang komuter, tambang ERL, segala-gala tambang pun naik juga."
"Apa lagi pilihan yang ada pada rakyat, nak suruh mereka jalan kaki?" soal Khairy Jamaluddin.
Ahli Parlimen Rembau itu juga turut mengingatkan kerajaan tentang janji manifesto Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
"Kalau terpaksa naikkan tol, jangan sampai tol antara bandar seperti Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur dinaikkan. Itu janji kita," tegas Khairy Jamaluddin.
Isu kenaikan kos sara hidup dijangka mendominasi perbahasan dalam Persidangan Pemuda UMNO hari ini.
Sementara itu ketika menyentuh isu 1MDB, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan supaya memastikan tidak hanya berusaha mengurangkan hutang sebaliknya meyakinkan rakyat tiada penyelewengan berlaku.
"Defisit keyakinan di kalangan rakyat perlu ditangani," katanya.
Ashwad Ismail
Wed Dec 09 2015

KHAIRY JAMALUDDIN: Apa lagi pilihan yang ada pada rakyat, nak suruh mereka jalan kaki? -fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.

Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.

Lapangan Terbang Changi naikkan caj penumpang dan syarikat penerbangan bagi 2025-2030
Menurut CAG, kenaikan ini juga akan membantu menampung kos operasi yang lebih tinggi, termasuk kos tenaga kerja dan tenaga.

CEO Lufthansa jangka lebih banyak pemotongan jadual penerbangan
Kenaikan kos negara yang melampau untuk pengangkutan udara menyebabkan penurunan bekalan yang lebih teruk.

Pengusaha dakwa tiada pilihan, terpaksa naikkan kadar sewa mesin jentuai padi
Beberapa pengusaha berkata kenaikan kadar sewa mesin jentuai padi di Kedah dan Perlis daripada RM140 kepada RM200 bagi serelung (0.3 hektar) sawah adalah relevan.

Kos haji dijangka naik 11 peratus tahun depan - TH
Kos bagi menunaikan ibadah haji tahun depan dianggarkan meningkat mencecah 11 peratus berbanding tahun ini.

Pinjaman tahap 2 susut lima peratus pada suku pertama - Gabenor BNM
Pinjaman tahap 2 di Malaysia telah bertambah baik pada suku pertama 2023, menyusut kepada 5.0 peratus apabila lebih ramai peminjam berjaya beralih daripada program bantuan pembayaran balik.

Keputusan kerajaan tanggung kenaikan kos haji RM1,000, ringankan beban jemaah B40
Usaha kerajaan itu bertepatan dengan kos haji yang semakin meningkat saban tahun.

Nasib sengsara penoreh getah, terpaksa gadai barang kemas
Tanggungan perbelanjaan harian yang semakin tinggi memaksa golongan penoreh getah membuat keputusan terdesak demi meneruskan hidup.

Canselor UK umum kenaikan cukai, pengurangan perbelanjaan untuk pulihkan ekonomi
Cukai ke atas syarikat minyak dan gas akan meningkat daripada 25 peratus kepada 35 peratus dengan levi kekal sehingga Mac 2028.