KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang membidas laporan Sarawak Report yang kononnya mengatakan parti Islam itu menerima dana RM90 juta daripada UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut beliau, seandainya benar parti Islam itu menerima dana tersebut, sudah pasti Pas boleh menguasai negara sepenuhnya pada PRU yang lalu.
"Jika RM90 juta benar adanya, sudah pasti membolehkan Pas menguasai negara sepenuhnya dan jika benar, UMNO yang menyogok RM90 juta sangat bodoh kerana melakukan suatu perkara yang boleh membunuh dirinya sendiri, sehingga menjatuhkan kerajaannya di negeri yang tidak kuat Pakatan Harapan (PH) dan UMNO berada dalam keadaan lebih kuat," katanya menerusi catatan Minda Presiden Pas di Facebook beliau di sini, pada Selasa.
Abdul Hadi menambah, jika benar wujud, sudah pasti Pas akan lebih mudah meranapkan PH yang banyak duit perbelanjaan untuk media sosial bagi menyebarkan pembohongan dengan meluas.
"Pas juga tidak mampu mengadakan media sosial bagi menjawabnya kerana terlalu mahal, apatah lagi untuk menyiarkan fitnah, menipu dan berbohong besar. Balanya tidak mampu dibayar dosanya dengan duit berkali ganda RM90 juta," tambahnya.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu, sekiranya Pas benar-benar mempunyai sejumlah duit, sudah pasti Pas tidak akan membocorkannya walaupun sedikit.
Maka ujarnya, sekiranya ada sumbangan sebanyak RM90 juta itu, sudah pasti akan dibelanjakan dengan sempurna dan takkan disia-siakan.
"Bahkan, jika dilaburkan, maka pusingannya sudah menjadi lebih daripada RM900 juta," tambahnya.
Abdul Hadi menjelaskan, ahli-ahli Pas yang sebenar mengetahui tentang pengorbanan yang dilakukan kerana menegakkan Islam itu memerlukan sumbangan ikhlas dan duit yang halal lagi berkat.
"Wakil rakyat Pas pula diwajibkan membuat potongan wang untuk diserahkan kepada partinya.
"Semua lapisan ahli Pas memberikan sumbangan sehingga mereka yang termiskin daripada kalangan petani, nelayan dan buruh kasar menyumbang dengan penuh keikhlasan.
"Bahkan, ada ahli Pas yang menjual tanah dan sebagainya kerana ingin membantu bayaran deposit calon yang bertanding di kawasannya disebabkan calonnya tidak berduit," kata beliau.
Beliau turut menegaskan, pendukung perjuangan Islam seperti Pas tidak menjual perjuangannya dengan harga RM90 juta atau pangkat dan kedudukan semata-mata.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membuat kenyataan terbuka bahawa Pas tidak meminta jawatan dalam kerajaan seperti mana parti lain, tetapi menerima apa sahaja bentuk tanggungjawab mahupun jawatan yang diamanahkan,” katanya.
Awal bulan ini, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim mendakwa Pas telah gagal menjelaskan dakwaan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown bahawa parti itu menerima dana RM90 juta daripada UMNO.
Umavathi Ramayah
Tue Sep 27 2022
Abdul Hadi memberitahu, seandainya benar Pas menerima dana RM90 juta, sudah pasti parti itu boleh menguasai negara sepenuhnya pada PRU yang lalu. - Gambar fail/BERNAMA
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Terima sogokan bulanan: SPRM tahan kakitangan Pejabat Perikanan Perlis
Sumber berkata, sebanyak enam transaksi dikesan membabitkan akaun bank Pembantu Laut (Gred A19) itu sekitar 2022.
Ada gerakan terancang sogok, ugut MP Bersatu - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa menerima maklumat terdapat gerakan terancang bagi melemahkan parti itu dan Perikatan Nasional.
'Ini adalah sogokan' - KJ
Khairy dakwa pengumuman geran kepada golongan belia di Terengganu oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sebagai satu bentuk sogokan.
KDN serah nama pegawai JPN didakwa minta sogokan kepada SPRM
Saifuddin Nasution menjelaskan aduan berhubung salah laku itu dilaporkan terus kepada beliau.
PRU15: Bantuan rakyat mesti bebas simbol politik - Rais
Sebarang bantuan untuk rakyat haruslah bebas daripada lambang parti politik kerana ia satu bentuk sogokan dan pengaruh undi kepada parti tertentu.
'Seandainya Pas disogok RM90 juta, kami sudah kuasai negara' - Abdul Hadi bidas Sarawak Report
Seandainya benar parti Islam itu menerima dana tersebut, sudah pasti Pas boleh menguasai negara sepenuhnya pada PRU yang lalu.
Kes rasuah RM16 juta, pengerusi koperasi didakwa esok
Seorang pengerusi anggota lembaga pengarah sebuah koperasi hartanah bergelar Datuk akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok membabitkan rasuah lebih RM16 juta.
Polis siasat video tular anggota minta sogokan
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat dalam insiden itu.
Anwar minta SPRM telus siasat dakwaan sogokan, ugutan libatkan 'Menteri Kanan'
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta SPRM lebih telus dalam menyiasat dakwaan terdapat sogokan dan ugutan yang melibatkan seorang 'Menteri Kanan'.
Anwar dedah lima Ahli Parlimen PKR terima ugutan dan sogokan
Jelas Anwar, ugutan terbabit hanya untuk mendera Ahli Parlimen Pembangkang agar menyatakan sokongan kepada pihak tertentu.