PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa lima daripada Ahli Parlimen parti itu menerima ugutan dan sogokan sebagai 'umpan' untuk menarik dukungan (sokongan) mereka.
Jelas Anwar, ugutan terbabit hanya untuk mendera Ahli Parlimen Pembangkang agar menyatakan sokongan kepada pihak tertentu.
"Dalam kes SPRM yang terbaru, memang nyata ia jadi senjata politik. Kalau lompat, siasatan ditangguh, kamu tetap didera.
"Saya pagi esok akan tulis pada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki meminta pertemuan untuk jelaskan hal sedemikian.
"Selain Yang Berhormat Natrah (Natrah Ismail - Sekijang), (Ahli Parlimen) Padang Serai, Sungai Siput, Putatan, Miri memang sebut ada yang mereka beri ugutan atau pelawa dengan pelbagai sogokan dan umpan untuk menarik dukungan mereka," dedah Anwar lagi.
Ujarnya, semua pemimpin PKR di peringkat pusat dan negeri sentiasa menyokong agenda membanteras jenayah.
Namun tegas Anwar, jika ugutan dibuat demi menekan beberapa Ahli Parlimen Pembangkang agar mendapat sokongan, katanya itu adalah politik penipuan.
"Saya nak tegaskan disini, dengan tarik lima atau enam orang ke Perikatan Nasional (PN), dia belum lagi dapat majoriti.
"Sekarang dia (PN) dapat tiga Ahli Parlimen, (jika) enam Ahli Parlimen pun belum cukup 110 Ahli Parlimen.
"Ini saya pasti dengan kenyataan yang jelas," katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut mendedahkan bahawa terdapat Menteri Kanan bertemu dengan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar sebelum Ahli Parlimen itu mengumumkan keluar PKR.
"Dia (Dr Xavier) jumpa saya seminggu sebelum itu, dia jumpa saya dan sebut pasal masalah yang dia hadapi.
"Saya beritahu dia, jangan risau jika dia tidak bersalah, kita (PKR) akan pertahankan dia.
"Kemudian dia cakap, dia berjumpa dengan Menteri Kanan yang juga mengugut dia," kata Anwar lagi.
Sebelum ini, Dr Xavier dalam satu kenyataan media memaklumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta-merta pada 13 Mac lalu.
Menurutnya, tindakan itu dibuat selepas beliau kecewa terhadap situasi politik yang berlaku di negara ini.
Dalam pada itu, Dr Xavier turut mengumumkan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Fareez Azman
Tue Mar 16 2021
Anwar (duduk, tengah) sewaktu sidang media khas di Petaling Jaya pada petang Selasa. - Astro AWANI / Shahir Omar
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
FIM MiniGP Dunia: Qabil Irfan, Qayyim Razin ke Aragon berbekal keyakinan tinggi
"Saya dengar pelumba di sana 'main kasar' dan saya perlu begitu juga. Tapi tidak boleh sampai membahayakan pelumba lain."
KUSKOP cadang anjur karnival usahawan wanita sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan agar satu karnival usahawan wanita diadakan sewaktu kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Tarikh pilihan raya umum belum ditetapkan - PM Singapura
Lawrence Wong berkata beliau mempunyai "masa sehingga hujung tahun depan" untuk menentukannya.
Penghantar produk kesihatan warga Thailand ditahan di Rantau Panjang
Seorang wanita warga Thailand yang bertindak sebagai penghantar ditahan kerana disyaki menyeludup pelbagai jenis produk kesihatan yang dianggarkan bernilai RM7,360 dalam Operasi Taring Wawasan.
It’s About YOUth: Supporting young families
Rising childcare and education costs in Malaysia are pushing many young couples to delay or forgo having children. UNFPA’s Lee Min Hui and PJ Lestari advocate Nur Hafizah Noslan discuss potential government strategies to ease the pressures on young parents. #ItsAboutYOUth
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI Ringkas: Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di tebing sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 8th Nov 2024
#AWANITonight 8 Nov 2024 with Saraya Mia
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
Parti Konservatif UK pilih Kemi Badenoch sebagai pemimpin baharu
Bekas setiausaha perniagaan itu diumumkan sebagai pemenang, menewaskan pesaingnya Robert Jenrick dengan undian 53,806 berbanding 41,388.
Pembangkang pertikai Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam
Pembangkang memohon penjelasan Dewan Rakyat mengenai tindakan melarang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung enam bulan daripada mengikuti persidangan itu dari galeri awam.
Pembangkang cuba wujudkan naratif palsu penyasaran subsidi RON95 - Muhammad Kamil
Hingga kini pembangkang bukan sahaja gagal memberikan kritikan membina, sebaliknya kerap mewujudkan spekulasi jahat, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan.
Hanya Syed Saddiq beri maklum balas draf MoU peruntukan pembangkang - Dr Zaliha
Hanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang telah memberikan maklum balas rasmi berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang setakat ini.
Parlimen: 'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan
Keputusan ini dibuat kerana bilangan ahli penyokong kerajaan (93) lebih ramai berbanding ahli pembangkang (75), dan tiada peraturan yang menetapkan susunan pertanyaan bagi jawab lisan.
Pembangkang ketandusan idea, tiada keperluan bubarkan Parlimen - AMK
Pembangkang gagal menawarkan penyelesaian alternatif yang bermanfaat kepada rakyat dan negara.
Parti pembangkang populis sayap kanan menang pilihan raya wilayah Czech
ANO muncul sebagai peneraju di 10 daripada 13 parlimen wilayah, menurut laporan pihak berkuasa statistik CSU.
PM Anwar cabar pembangkang bawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat
Datuk Seri Anwar mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
Ahmad Zahid minta pembangkang lebih sensitif, hormat ahli keluarga bekas ADUN Mahkota
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata pembangkang juga sepatutnya menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga Allahyarham.