Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan mengganggu cara kepimpinan penggantinya dengan cara mengeluarkan pelbagai kritikan terbuka apabila beliau bersara kelak.
"Saya punya falsafah, saya akan bersara dan tidak akan mengganggu pengganti saya bila sudah habis (menjadi Perdana Menteri) nanti.
"Pengganti saya akan lakukan perkara yang lebih baik daripada keadaan ketika saya memegang negara. Itu adalah kesinambungan dalam perjuangan.
"Kenapa saya hendak ganggu pengganti saya? Tapi kalau pengganti saya hendak belanja makan malam atau minum kopi tidak ada masalah. Tapi, saya tidak akan tegur dia secara terbuka," katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada beliau selesa dibandingkan dengan pemimpin terdahulu, pada sesi soal jawab program 60 Minit Bersama Perdana Menteri yang disertai 350 mahasiswa dan mahasiswi dari universiti dalam dan luar negara dan wakil persatuan belia di Seri Perdana di sini, hari ini.
Datuk Seri Najib berkata setiap perdana menteri akan membawa negara ke satu tahap tertentu dan perdana menteri yang seterusnya akan membawa ke tahap lebih baik selepas itu.
Oleh itu, adalah tidak adil jika pemimpin sebelum ini mengkritik kepimpipinan hari ini, katanya sambil memberitahu bahawa bekas presiden Amerika Syarikat George W.Bush tidak pernah mengkritik Presiden Barack Obama.
"Itu bukanlah perkara yang harus dilakukan sebagai bekas pemimpin. Kalau dok kritik, tak adillah. Bush tidak mengkritik Obama," katanya.
Menurutnya pemimpin China juga terus 'menghilangkan diri' selepas bersara dan ia merupakan cara yang baik untuk memastikan pentadbiran negara berjalan lancar tanpa diganggu bekas pemimpin.
Najib berkata beliau berhasrat melakukan pelbagai perkara yang tidak dapat dilakukannya ketika menjadi pemimpin termasuklah bermain bola sepak, menulis buku dan melawat negara-negara yang belum dilawati, selepas bersara kelak.
Bernama
Thu Aug 18 2016

"Saya punya falsafah, saya akan bersara dan tidak akan mengganggu pengganti saya bila sudah habis (menjadi Perdana Menteri) nanti," kata Datuk Seri Najib.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai tugas menasihati Agong - Anthony Loke
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai menjalankan tugas menasihati serta mempersembahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.

'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Pas rela dituduh demikian daripada menjadi 'pelacur politik dan kuasa' kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.

10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik
Perarakan seumpama itu jarang berlaku di Rusia, sekali gus menyaksikan keretakan dalam pimpinan Putin yang semakin dikecam.

Ahmad Faizal kekal Ketua Bersatu Bahagian Tambun, menang tanpa bertanding
Bersatu Perak mempunyak 277 Cawangan daripada 24 Bahagian yang melibatkan keahlian kira-kira 28,548 orang.

Kerajaan sedar naratif politik semasa - Dr Wan Azizah
Kerajaan sedar mengenai naratif politik semasa di mana rakyat mengharapkan sesuatu yang luar biasa dilakukan dalam memenuhi harapan masyarakat.

Pentadbir kena neutral, kesetiaan 'berbelah bagi' tidak menyumbang pada pentadbiran negara
Para pentadbir harus bersikap neutral dan patuh kepada kerajaan semasa yang dipilih rakyat walaupun mempunyai pendirian politik tersendiri bagi memastikan pentadbiran negara baik, kata Perdana Menteri

Muhyiddin nafi ada sengketa dengan Dr Mahathir
Mesyuarat khas tergempar yang diadakan Dr Mahathir baru-baru ini hanya untuk mendengar perbezaan pendapat susulan isu pelantikan Exco Johor yang baharu.

PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P) 186 Sandakan.

Fitnah, berita palsu marak menjelang Pemilu 2019
Perkembangan pesat komunikasi siber mengundang masalah besar buat seluruh dunia lebih-lebih lagi pada negara yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 269 juta seperti Indonesia.

PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang
Ilham Centre menjangkakan Mohamad akan mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan peralihan undi daripada PH kepada BN sebanyak 24.5 peratus.