Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau seorang yang sering memungkiri janji seperti didakwa sesetengah pihak.
Dr Mahathir berkata, beliau akan menunaikan janji yang dibuatnya seperti mana yang dilakukkannya sebelum ini.
"Kalau sampai masa saya janji, saya akan tunaikan janji.
"Boleh semak saya punya kelakuan sejak saya jadi perdana menteri bahkan sebelum itu, saya tak pernah mungkir janji," katanya dalam satu temubual bersama portal Malaysiakini.
Dr Mahathir mengambil contoh beliau menepati janjinya untuk mengundurkan diri pada tahun 2002, yang memungkinkan peralihan kuasa yang lancar setelah 22 tahun menerajui pentadbiran.
"Pada masa itu, (Lim) Kit Siang berkata saya tak mungkin letak jawatan. Ini semua sandiwara. Tapi seperti mana yang kita tahu, sampai masa yang cukup, saya letak jawatan. Saya tak pernah mungkir janji. Tunjuk di mana saya mungkir janji?" katanya lagi.
Dalam temubual itu Dr Mahathir turut mendedahkan perbincangan tentang calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) Plus.
Jelas Dr Mahathir, parti Warisan berpendirian bahawa beliau perlu diangkat menjadi perdana menteri sekali lagi untuk membuktikan "parti Melayu" adalah sebahagian daripada gabungan tersebut.
"Kalau PH ternampak seolah-olah ini gabungan parti campuran berbagai kaum, saya khuatir ahli-ahli Dewan rakyat Melayu tidak akan bagi sokongan dan kalau tak ada bagi sokongan, tak apalah.
"Nak jadi perdana menterikah, nak jadi apa pun, tetapi kalau tak dapat sokongan tak dapat jadi kerajaan.
"Pemilihan (calon) sebagai perdana menteri pun tak ada makna. Bukan calon yang penting, tapi kemenangan mendapat majoriti yang penting.
"Saya tak boleh guarantee (jamin), tapi itu pengalaman kita, bila tak ada sokongan parti titik Melayu, parti lawan tak pernah menang," katanya.
Dr Mahathir menjelaskan, ketika PH membentuk kerajaan, amalan meletakkan ahli politik mengetuai entiti yang berkaitan dengan kerajaan telah diubah digantikan dengan golongan profesional yang sesuai dengan peranan tersebut.
"(Sekarang) bukan saja kesalahan Najib (Razak) dulu perlu diperbetulkan, tapi kesalahan Muhyiddin ini lebih besar.
"Kita telah tukar dari orang politik kepada (golongan) profesional (dalam mengetuai GLC), orang yang cekap dalam bidang perniagaan dan sebagainya.
'Sekarang ini dia (Muhyiddin) tukar kepada orang politik balik. Sekali lagi akan berlakulah penyelewengan, curi duit dan sebagainya," katanya.
Ahli Parlimen Langkawi itu juga berkata, jika rancangan PH Plus berjaya untuk mengambil alih semula kerajaan, gabungan itu juga harus melihat campur tangan politik dalam urusan pemerintahan dan sistem kehakiman.
Sekiranya PH Plus gagal mengambil alih kerajaan, Mahathir berkata beliau tidak akan mempunyai pilihan kerana beliau tidak bersedia untuk bekerja dengan Muhyiddin.
"Kalau kita tak dapat menang, apa nak buat? Tunggulah pilihan raya. Dalam pilihan raya, rakyat akan tentukan walaupun rakyat akan disogok seperti dulu.
"Sebab cash is king (wang adalah segala-galanya). Slogan itu sudah kembali, didokong orang yang (dulu) menentang.
"(Tapi) saya yakin rakyat umumnya tidak suka amalan cash is king. Seperti mana PRU ke-14, mereka tolah cash is king, saya yakin dalam PRU ke-15 pun (rakyat akan tolak).
"Walaupun banyak duit akan diberi kepada rakyat untuk sokong parti Muhyiddin, Umno dan PAS, saya yakin rakyat tidak akan pilih mereka," katanya.
Astro Awani
Fri Jun 19 2020
![Saya tak pernah mungkir janji - Dr Mahathir Saya tak pernah mungkir janji - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61591361328_TunM.jpg)
Menurut Dr Mahathir, parti Warisan berpendirian bahawa beliau perlu diangkat menjadi perdana menteri sekali lagi untuk membuktikan "parti Melayu" adalah sebahagian daripada gabungan tersebut. - Gambar fail
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Indonesia Emas 2045... Cabaran buat pengganti Jokowi? Indonesia Emas 2045... Cabaran buat pengganti Jokowi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697694369_tbmashup.jpg)
Indonesia Emas 2045... Cabaran buat pengganti Jokowi?
Antara yang dipersoal adalah tentang sama ada anggaran untuk menyediakan peruntukan bagi menunaikan janji-janji setiap calon itu mencukupi.
![Nenek 65 tahun janji beri bangunan pada pemuda 20-an jika bercinta Nenek 65 tahun janji beri bangunan pada pemuda 20-an jika bercinta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705105902_NenekPemuda.jpg)
Nenek 65 tahun janji beri bangunan pada pemuda 20-an jika bercinta
Menurut lelaki tersebut dia telah menjalin cinta dengan warga emas yang tua lebih 40 tahun daripadanya.
![PRN Sabah: Warisan janji tapi tak tunai - Bung Moktar PRN Sabah: Warisan janji tapi tak tunai - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51600065162_TBBungMoktar.jpg)
PRN Sabah: Warisan janji tapi tak tunai - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata dalam normal politik baharu, rakyat perlu diberi tawaran yang mampu membela nasib mereka.
![Patrotisme belia: Mendukung janji diri Patrotisme belia: Mendukung janji diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599701556_TBMerdeka.jpg)
Patrotisme belia: Mendukung janji diri
Janji diri golongan belia yang dimaksudkan adalah belia yang memiliki pemahaman yang jelas tentang jati diri terhadap kesedaran budaya, agama dan sahsiah kenegaraan.
![De Roon rancang beri penyokong 1,000 piza andai Atalanta menang UCL De Roon rancang beri penyokong 1,000 piza andai Atalanta menang UCL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51597206905_MartendeRoon.jpg)
De Roon rancang beri penyokong 1,000 piza andai Atalanta menang UCL
Atalanta akan berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan suku akhir di Lisbon awal pagi esok.
![Shafie Apdal perlu ambil kira percaturan politik semasa - penganalisis Shafie Apdal perlu ambil kira percaturan politik semasa - penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51593431958_RahezzalShahAbdul.jpg)
Shafie Apdal perlu ambil kira percaturan politik semasa - penganalisis
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bukan sahaja perlu meneliti pencalonannya sebagai Perdana Menteri kesembilan tetapi perlu menyedari objektif percaturan politik semasa.
![Warisan yakin janji Tun M kembalikan hak Sabah Warisan yakin janji Tun M kembalikan hak Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81593407805_shafie.jpg)
Warisan yakin janji Tun M kembalikan hak Sabah
Kerajaan Sabah yang ditadbir parti Warisan yakin dengan janji Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengembalikan hak-hak negeri itu termasuk tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
![Saya tak pernah mungkir janji - Dr Mahathir Saya tak pernah mungkir janji - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61591361328_TunM.jpg)
"Saya tak pernah mungkir janji" - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata, beliau akan menunaikan janji yang dibuatnya seperti mana yang dilakukkannya sebelum ini.
!['Jemaah menteri dalam kalangan individu berintegriti, bebas rasuah' - PM 'Jemaah menteri dalam kalangan individu berintegriti, bebas rasuah' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41583155729_pmspeech.jpg)
'Jemaah menteri dalam kalangan individu berintegriti, bebas rasuah' - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dalam kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.
!['Tweet ini tidak membantu keadaan' - Netizen kecewa kenyataan Khalid Samad 'Tweet ini tidak membantu keadaan' - Netizen kecewa kenyataan Khalid Samad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61571909003_TBkhalid.jpg)
'Tweet ini tidak membantu keadaan' - Netizen kecewa kenyataan Khalid Samad
Ada yang menganggap kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak membantu ketika keadaan masih tidak menentu ini.