KUALA LUMPUR: "Saya mungkin tidak mampu, kalau tidak bayar (denda) apalah akibatnya," kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ahli Parlimen Pagoh itu akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan ketujuh menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri menerima sumbangan dan dana politik.
Muhyiddin berkata, dua hari lepas beliau telah menghadapi enam pertuduhan yang sama di mahkamah.
Katanya, jika didapati bersalah beliau akan dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali nilai sumbangan yang diterima Bersatu.
"Ini pertama kali dalam sejarah presiden parti didakwa kerana menerima sumbangan dan ia tidak pernah berlaku.
"Parti politik tidak jalankan perniagaan untuk jana pendapatan. Mana kita ada bisnes dan kesemua adalah sumbangan daripada ahli serta penyokong parti," katanya ketika berucap dalam ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM di sini pada Ahad.
Tambah Muhyiddin, tanpa sumbangan sudah tentu agak sukar untuk sebuah parti menjalankan fungsinya dalam sebuah negara demokrasi.
"Yang tahu perjuangan kita berlandaskan kebenaran akan ikhlas membantu. Lagipun, saya telah menetapkan syarat setiap sumbangan kepada Bersatu mesti dimasukkan ke akaun bank Bersatu bukan bank saya.
"Apabila terima sumbangan kecil atau besar mesti simpan dapat akaun parti. Akaun parti pula akan diaudit oleh juruaudit bertauliah," jelasnya.
Pada Jumaat, bekas Perdana Menteri itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Beliau didakwa telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff, 51, dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Bagi dua lagi pertuduhan, Muhyiddin didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu pada 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 12 2023
Ahli Parlimen Pagoh itu akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan ketujuh menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri menerima sumbangan dan dana politik. - Gambar fail
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin
Jepun akan meningkatkan langkah keselamatan siber selepas penggodam mencuri 48 bilion yen (AS$306 juta) daripada bursa mata wang kripto Jepun DMM Bitcoin, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayas
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.