Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau masih Perdana Menteri yang sah.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, bagaimanapun beliau menghormati kenyataan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang, dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebagai sebuah negara yang menegakkan sistem berperlembagaan, Muhyiddin berkata sebarang tindakan perlu dilakukan mengikut peruntukan undang-undang.
“Saya tidak mahu mempersoalkan kenyatan beliau (Anwar) kerana hormat pandangan pemimpin politik di negara kita.
“Kita kena faham dalam negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen dan dan perlembagaan negara. Kita menegakkan sistem berperlembagaan kita, berpandukan peruntukan perlembagaan negara selain budi bicara Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri, berhampiran Jalan Lintas di sini, malam ini.
Turut hadir calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Luyang, Gee Tien Siong dan calon BN DUN N.19 Likas, Dr Chang Kee.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
BACA: Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh
Sehubungan itu, beliau akan tetap memikul amanah tersebut termasuk berusaha mengatasi krisis kesihatan yang sedang melanda dunia dan negara ketika ini.
BACA: 'Saya masih Perdana Menteri' - Muhyiddin Yassin
BACA: Anwar dakwa ada majoriti kukuh
BACA: Anwar dakwa cukup sokongan, Muhyiddin seru rakyat tolak politik buta tuli
“Saya tidak perlu sebut ada orang kata (saya guna) pintu belakang tetapi saya datang dari pintu istana.
“Kebenarannya adalah bila saya dipilih sebagai Perdana Menteri dan mengangkat sumpah dengan menggunakan nama Allah, ia ini bukan perkara mudah... itu perkara berat.
“Disebabkan itu saya diberikan amanat untuk memimpin negara sebagai Perdana Menteri dan tanggungjawab itu saya lakukan,” katanya.
Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Serentak itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Anwar yang berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Assim Hassan, Hasimi Muhamad
Wed Sep 23 2020
![Saya hormat pandangan Anwar kata ada sokongan - Muhyiddin Saya hormat pandangan Anwar kata ada sokongan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/81600867456_MuhyiddinYassin.jpg)
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri, berhampiran Jalan Lintas di sini, malam ini. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720909841_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata meskipun menyedari perkara itu akan mengambil masa, namun ia tidak mustahil untuk dicapai.
![PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi
Keputusan berkenaan kerjasama BN dengan PH pada PRU16 hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
![Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720304819_KembaraIniWarisan.jpg)
Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang
Penduduk di kawasan DUN Nenggiri perlu memberikan peluang dan kepercayaan kepada BN untuk berkhidmat di kawasan itu.
![[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan [KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720031129_kempensungaibakap.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-15, landskap politik Malaysia disajikan dengan beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya enam negeri.
![PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719802521_kempenPilihanRaya.jpg)
PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan
Kedua-dua calon dilihat giat mendekati masyarakat India dengan pelbagai program turun padang demi memancing undi kaum itu.
![PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719645635_DatukSeriDrZambry.jpg)
PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry
Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK Sungai Bakap Datuk Seri Zambry Abd Kadir yakin rakyat semakin bijak menilai isu dibangkitkan pembangkang.
![BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718957976_ZahidHamidi.jpg)
BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan jika diadakan.
![PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715440436_TBCALONDAP.jpg)
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717859600_TBZAMBRY.jpg)
PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen
Komitmen itu turut dinyatakan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan nanti.
![UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717839889_JohariAbdulGhani.jpg)
UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda
UMNO Kelantan perlu memberi peluang dan melahirkan lebih ramai golongan pelapis muda untuk menerajui Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.