Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang pernah mengumumkan untuk 'bersara' dari menulis tentang politik semasa di blognya awal tahun ini, berkata akan mendedahkan sebab sebenar beliau berbuat demikian.
Bagaimanapun bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia itu berkata perkara itu tidak akan didedahkan lagi buat masa sekarang serta menafikan ianya dibuat bagi tujuan mencari populariti.
"Terus terang saya kata, saya jalankan blog ini (zamkata.blogspot.com) secara persendirian... begitu juga dari segi kewangan.
"Oleh kerana prasangka (untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) telah wujud, saya pun ambil keputusan untuk berhenti menulis tentang politik semasa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Zainuddin yang lebih dikenali dengan Zam, prasangka itu timbul selepas beliau menghadiri minum pagi bersama rakan blogger atas jemputan Tun Daim Zainuddin di mana beliau turut menemui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain itu, beliau juga telah menentang keputusan kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengatakannya ia tidak perlu dihapuskan.
"Jadi tidak perlu ISA dihapuskan sehinggga menimbulkan situasi tak stabil. Baik kekalkan dulu. Tetapi bila saya berkata begitu, saya dituduh berkonspirasi dengan yang lain-lain untuk jatuhkan Najib, tetapi saya tak berada dalam golongan itu," tegasnya.
Walau bagaimanapun, dalam posting blognya pada Khamis, Zainuddin telah memberi komen tentang sokongan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan juga pelakon jelita, Rozita Che Wan terhadap Dr Mahathir.
Dalam blognya itu, beliau menyifatkan sokongan Siti menerusi Instagram itu sebagai 'merbahaya' dan sudah cukup untuk menutup ribuan sokongan ahli-ahli UMNO dan NGO terhadap Najib.
Januari lalu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Zainuddin yang dikatakan kecewa dituduh berkonspirasi mahu menjatuhkan Najib telah membuat keputusan berhenti daripada penulisan politik.
Menerusi artikel "Salam Terakhir Zam Pada Penulisan Politik Semasa" yang dimuat naik beliau di laman blognya, beliau meluahkan kekecewaan kerana seringkali dianggap mempunyai 'sandaran' meskipun bergerak secara bersendirian dan tidak berbayar.
Katanya keputusan itu telah diambil selepas mempertimbangkan segala aspek termasuk masa depan beliau sendiri.
"Saya merasa cukup terhina kerana bagitu mudah orang membuat kesimpulan. Sekali saya minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin atas jemputan dan menemui Tun Mahathir bersama seorang dua rakan telah dianggap saya berada dalam konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib," katanya seperti yang dipetik dalam blog tersebut.
Blog itu telah dilancarkan pada 8 Ogos 2012, dengan menyajikan politik semasa sebagai intipati utama laman tersebut.
Haider Yutim
Fri Apr 17 2015
Zainuddin menafikan tujuan pendedahan itu adalah bagi mencari populariti.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Saya akan dedahkan sebab sebenar saya berhenti menulis politik - Zam
Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata akan mendedahkan sebab sebenar beliau mengumumkan untuk 'bersara' dari menulis tentang politik semasa, Januari lalu.