JITRA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesahkan beliau adalah ahli parti berkenaan di Bahagian Kubang Pasu.
Katanya, sebarang urusan berkaitan pencalonan bagi kerusi Parlimen tersebut adalah di bawah bidang kuasa kepimpinan tertinggi parti.
Beliau berkata demikian mengulas desas-desus mengatakan namanya akan dicalonkan bagi Parlimen Kubang Pasu susulan pembukaan sebuah pejabat baharu di Jitra.
Wan Saiful berkata, menjadi tanggungjawab beliau sebagai Ketua Penerangan parti untuk memenangkan sesiapa sahaja calon dari Perikatan Nasional di dalam pilihan raya umum (PRU) kelak.
"Saya memang ahli (Bersatu yang berdaftar) di Kubang Pasu. Jadi, urusan kerja untuk bantu pergerakan parti, (itu) tanggungjawab saya.
"Apabila kita balik (ke kawasan), kita ada tanggungjawab, kita kena buat sungguh-sungguh. (Soal siapa) yang bertanding, keputusan peringkat parti, biar parti buat keputusan.
"Tetapi, tanggungjawab saya sebagai ahli di Kubang Pasu dan di peringkat nasional, untuk pastikan siapa jadi calon, dia menang," katanya.
Wan Saiful berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Ketua Penerangan Bersatu Malaysia bersama Kelab Media Elit Kedah, di sini, semalam.
Dalam PRU ke-14 lalu, beliau yang bertanding dalam saingan empat penjuru di Parlimen Pendang tewas kepada calon Pas, Awang Solahuddin, meskipun berjaya meraih 14,901 undi.
Awang yang meraih 25,536 undi menang dengan majoriti 5,808 undi, turut menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Othman Abdul (20,728 undi) dan calon bebas, Abdul Malik Manaf (81 undi).
Manakala di Parlimen Kubang Pasu, Setiausaha Agong Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Amiruddin Hamzah yang ketika itu merupakan calon Bersatu dan bertanding menggunakan lambang PKR, menang besar dengan majoriti 13,009 undi.
Beliau yang meraih 29,984 undi menewaskan calon BN, Datuk Seri Johari Baharum (16,975 undi) dan calon Pas, Norhafiza Fadzil (13,375 undi).
Abd Hadi Che Awang
Fri Apr 15 2022
Pejabat Wan Saiful yang baru dibuka di Jitra, Kedah. - Foto Astro AWANI
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan dipecat
Surat pemecatan beliau ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Letak jawatan: Fikir semua sudut sebelum tetap tarikh - Shahril
UMNO perlu memikirkan kepentingan rakyat sebelum mengambil tindakan untuk meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangannya Shahril Sufian Hamdan.
Penggantian Setiausaha Agung BN akan disahkan dalam Dewan Tertinggi BN - Shahril
Penggantian Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) akan disahkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat.
Cek Hadi Awang kepada Clare tulen - peguam
Cek bernilai RM1.4 juta yang dibayar oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown adalah tulen.
Tuduhan BR1M rasuah tidak berasas - Annuar Musa
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini menyifatkan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah sebagai tuduhan tidak berasas.