Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima sejumlah 230 kertas pencalonan bagi proses penamaan calon untuk 82 kerusi Dewan Undangan Negeri, Dun Sarawak hari ini bagi pilihan raya negeri ke-11 (PRN11) pada 7 Mei ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan hanya 228 kertas pencalonan telah diluluskan untuk bertanding.
Mohd Hashim berkata kertas pencalonan calon PKR bagi Dun Pantai Damai dan calon Bebas di Kuala Rajang ditolak kerana kedua-duanya didapati tidak layak bertanding.
“Sepanjang tempoh penamaan calon tersebut, yang bermula jam 9 pagi hingga 10 pagi, SPR telah menerima sebayak 230 kertas pencalonan. Daripada jumlah ini, kertas pencalonan yang diterima adalah seperti berikut Barisan Nasional 82, ,PKR 40, Parti Tindakan Demokratik 31, Parti Islam Semalaysia, 11, Parti Amanah Negara, 13, Parti Reformasi Negeri Sarawak,11, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru, 5, Bebas 36," katanya ketika bercakap pada sidang media di Pejabat SPR Sarawak di sini, hari ini.
Sementara itu Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Industri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang juga Naib Presiden Kanan PBB menang tanpa bertanding untuk kekal menyandang kerusi Dun Bukit Sari.
Datuk Abdul Rahman Ismail juga dari PBB menang tanpa bertanding untuk kekal menyandang kerusi Dun Bukit Kota.
Hashim berkata, terdapat lima Dun bertanding lima penjuru. iaitu N13 Batu Kitang, N23 Bukit Semuja, N52 Dudong, N53 Bawang Assan dan N67 Jepak dan terdapat juga pertandingann satu lawan satu. Ini termasuk di Tanjung Datu N03 satu lawan satu diantara Barisan Nasional dan PKR.
Bagi pertandingan dua penjuru pula terdapat 35 kawasan Dun akan terlibat, manakala untuk tiga penjuru 28 Dun dan untuk pertandingan empat penjuru ada 12 Dun akan terlibat.
Calon yang termuda bertanding dalam pilihan raya kali ini ialah Leslie Ting Xiang Zhi, 25, yang bertanding di Stakan mewakili DAP manakala calon tertua ialah Datuk Seri Wong Soon Koh berusia 73 tahun yang mewakili BN bertanding di Bawang Assan.
Bilangan calon lelaki turut mengatasi calon wanita dengan masing-masing 204 orang dan 22 orang.
SPR memperuntukkan RM135.6 juta bagi mengendalikan PRN11.
Terdapat 1.13 juta pengundi pada pilihan raya negeri kali ini.
Sementara itu, SPR menjangka keputusan awal PRN11 pada 7 Mei ini dapat diperoleh mulai 6 petang dan keputusan penuh pada 11 malam.
Beliau berkata SPR melantik 62 pemerhati tempatan daripada pertubuhan bukan kerajaan untuk memantau pilihan raya itu.
Bagi memudahkan urusan pengundian, pemilih berdaftar boleh membuat semakan maklumat pengundian melalui panggilan ke ibu pejabat SPR Putrajaya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak, sistem khidmat pesanan ringkas atau melalui aman sesawang SPR www.spr.gov.my
Nooraida Abdul Kassim
Mon Apr 25 2016
Terdapat lima Dun bertanding lima penjuru. iaitu N13 Batu Kitang, N23 Bukit Semuja, N52 Dudong, N53 Bawang Assan dan N67 Jepak. - Foto Bernama
Jenazah Tun Daim selesai disembahyangkan
Hasimi Muhamad membawakan perkembangan pemergian Tun Daim Zainudin dari kediaman bekas Menteri Kewangan itu.
PM Jepun jalani pemeriksaan kesihatan kedua dalam tempoh 5 hari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menjalani pemeriksaan kesihatan untuk kali kedua di tengah-tengah kebimbangan selepas beliau dilihat terlelap seketika semasa sesi parlimen.
Polis tembak mati 3 lelaki geng pecah rumah, seludup senjata api
Polis menembak mati tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan seludup senjata api, pecah rumah dan curi kenderaan mewah di Pulau Pinang.
Tun Daim membantu kempen saya pada 2018 - Fahmi Fadzil
"Secara peribadi sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, saya terkenang budi dan jasa Allahyarham yang membantu kempen saya pada 2018" - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil
TMJ, Erick Thohir rancang masa depan bola sepak Asia Tenggara
Perbincangan mengenai bola sepak dan rancangan masa depan menjadi topik bualan di antara pemilik JDT, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, bersama Ketua Umum PSSI, Erick Thohir.
Mengenang Tun Daim Zainuddin - Rais Yatim
Pemergian Tun Daim Zainuddin disifatkan sebagai kehilangan anak watan yang banyak menyumbang khidmat dan jasa dalam membina keutuhan kerajaan khususnya dalam sektor kewangan.
Itu luahan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rais Yatim ketika dihubungi Astro AWANI.
Kita ikuti rakaman perkongsian Rais mengenai Allahyarham Tun Daim.
Itu luahan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rais Yatim ketika dihubungi Astro AWANI.
Kita ikuti rakaman perkongsian Rais mengenai Allahyarham Tun Daim.
Pengalaman Tun Daim bukti kemajuan ekonomi negara - Kadir Jasin
Sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin dalam bidang ekonomi cukup disegani dalam kalangan wartawan sepanjang menampuk pentadbiran suatu ketika dahulu.
Jenazah Tun Daim akan dikebumikan selepas Asar setakat 4 petang
Firadus Azil membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Jenazah Tun Daim akan dikebumikan selepas Asar setakat 4 petang
Hasimi Muhamad membawakan perkembangan pemergian Tun Daim Zainudin dari kediaman bekas Menteri Kewangan itu.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.