ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberikan bayangan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hanya akan dibubarkan sekitar bulan Julai tahun hadapan.
Menurutnya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira beberapa faktor seperti bencana banjir, sambutan Hari Raya Aidilfitri, sambutan Hari Raya Aidiladha serta tempoh mengerjakan haji bagi umat Islam.
Beliau juga memaklumkan, telah menghubungi beberapa menteri besar di negeri-negeri yang tidak membubarkan DUN masing-masing, termasuk Selangor, agar pilihan raya di negeri terlibat dapat diadakan serentak.
"Kita tidak setuju Parlimen dibubarkan pada ketika ini, maka negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing, tinggallah aku jadi Menteri Besar lagi, hampa (kamu semua) jangan jealous (cemburu).
"Insya-Allah tuan-tuan, kita akan hadapi pilihan raya negeri (PRN) yang belum bubar tahun depan.
"Selepas bulan Mac, banjir sudah tidak ada, tetapi selepas itu puasa dan raya. Selepas itu orang hendak pergi Mekah dan sembelih lembu. Lepas sembelih lembu, baru kita bubar. Saya maklum siap-siap. Jadi, lambat lagi (DUN Kedah akan dibubarkan)," katanya.
Muhammad Sanusi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Himpunan Jentera Perikatan Nasional Peringkat Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, malam tadi.
Dalam perkembangan sama, beliau mendakwa, desakan daripada Barisan Nasional dan UMNO untuk Parlimen dibubarkan segera adalah semata-mata bertujuan menyelamatkan pemimpin-pemimpin tertentu daripada kes mahkamah yang dihadapi.
Jelasnya, keputusan itu terpaksa dibuat meskipun banyak pihak tidak bersetuju memandangkan ia mungkin menyebabkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) diadakan ketika musim banjir.
Sebelum ini, Pas mengesahkan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15 yang akan diadakan 19 Nov ini.
Keputusan sama turut diambil Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dengan tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Abd Hadi Che Awang
Sat Oct 29 2022
Muhammad Sanusi ketika berucap pada program Himpunan Jentera Perikatan Nasional Kedah di Alor Setar malam tadi. - Facebook Perhubungan Pas Kedah
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
6 Negeri Memilih: Mesyuarat Khas SPR pada Rabu ini
Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN ke-15.
Bubar DUN: 97 peratus manifesto Kerajaan Negeri Sembilan telah ditunaikan - Aminuddin
Hanya tiga peratus janji yang dikemukakan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini tidak dapat dilaksanakan.
DUN Terengganu bubar secara rasmi, kerajaan negeri ditadbir 'caretaker'
Bermula hari ini Terengganu ditadbir kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.
DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai
Keputusan itu juga sudah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz mohon perkenan tarikh bubar DUN
Aminuddin yang tiba pada 10 pagi sempat melambai kepada petugas media yang berkumpul di hadapan pintu pagar utama sejak 9 pagi tadi.
Kerajaan Pulau Pinang kini ditadbir kerajaan 'caretaker' - Chow Kon Yeow
Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang akan berfungsi sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker government' sehingga kerajaan baharu dibentuk.
PRN: DUN Terengganu dibubar esok - MB
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dibubarkan secara rasmi pada Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz esok mohon bubar DUN Negeri Sembilan
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Rabu bagi pembubaran DUN.
PRN: 'Jangan buat keputusan penting atau umum projek' - BERSIH
Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri, kesemua kerajaan negeri hanyalah berstatus kerajaan sementara.
PRN: MB Terengganu menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN
Beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda Sultan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.