KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengalu-alukan pembentukan 'Kabinet Bayangan' serta menyifatkan peranan beliau bakal lebih berkesan dengan memiliki rakan sebaya daripada blok pembangkang.
Tambah beliau, persidangan Parlimen akan datang akan menyaksikan perbincangan sama ada 'Kabinet Bayangan', yang juga dikenali sebagai Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen Perikatan perlu diiktiraf secara rasmi oleh Kerajaan berlandaskan demokrasi matang.
Perikatan Nasional (PN) mengumumkan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid akan membayangi portfolio Salahuddin.
"Saya mengalu-alukan Datuk Rosol Wahid membayangi saya, serta terbuka dengan pihak pembangkang. Lebih banyak penglibatan kerajaan dengan pembangkang dan rakyat adalah baik untuk kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhannya," kata Salahuddin, memetik laporan portal berita, The Star.
BACA: PN lancar Kabinet Bayangan
Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Pulai turut berkata, pengalaman beliau sebagai bekas Ahli Parlimen Pembangkang memberi gambaran tentang keperluan 'Kabinet Bayangan'.
“Saya pernah jadi pembangkang sebelum ini, kemudian Kerajaan, kembali kepada pembangkang dan (kembali) kepada Kerajaan semula.
"Saya faham kepentingan melibatkan pembangkang, ia akan membantu dalam urusan kementerian yang ada kaitan dengan kepentingan utama rakyat. Dan perlu ada perbincangan terbuka antara kita dan pembangkang kerana kita semua adalah wakil rakyat,” katanya.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara itu turut berkata, memandangkan sudah ada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) menghimpunkan Ahli Parlimen daripada parti pemerintah dan pembangkang, 'Kabinet Bayangan' adalah langkah yang dialu-alukan ke arah memperkasa demokrasi di negara ini.
"Dalam mesyuarat Parlimen akan datang, akan ada mesyuarat rasmi dengan Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen. sama ada kita patut mengiktiraf mereka secara rasmi. Saya sentiasa percaya bahawa Ahli Parlimen pembangkang harus menjadi sebahagian daripada PSC. Biar Ketua Whip membincangkannya dengan lebih lanjut.
“Kerajaan turut terbuka untuk meningkatkan semangat demokrasi atas nama politik matang,” tambahnya.
Pada 2 Februari, pembangkang Perikatan melancarkan Kabinet Bayangannya dengan pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai barisan itu.
Dalam 'Kabinet Bayangan', Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang adalah Timbalan Muhyiddin, manakala Datuk Seri Hamzah Zainuddin kekal sebagai ketua Pembangkang di Parlimen.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan adalah Menteri dalam 'Negeri Bayangan', manakala Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Radzi Md Jidin adalah 'Menteri Kewangan dan Ekonomi Bayangan'.
Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan pembentukan 'Kabinet Bayangan' adalah berdasarkan latar belakang ahli Parlimen masing-masing dan pengalaman lepas dalam Kerajaan bagi memastikan blok pembangkang yang efektif.
Faida Rahim
Sun Feb 05 2023
Saya faham kepentingan melibatkan Pembangkang. Ia akan membantu dalam urusan kementerian yang ada kaitan dengan kepentingan utama rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
MoU peruntukan: Pembangkang kekal tolak, tidak kemuka cadangan baharu - Muhyiddin
PN tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.