KUCHING: Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) bersetuju melantik pemangku presiden parti itu Datuk Joseph Salang Gandum sebagai presiden baharu.
Beliau akan menggalas tanggungjawab yang sebelum ini digalas mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing yang meninggal dunia pada 30 Oktober tahun lalu.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PRS Datuk Janang Bungsu dalam sidang media di sini hari ini.
Menurutnya lagi, keputusan itu dicapai majlis tertinggi parti sebagai memelihara keseimbangan dan perpaduan dalam parti.
“Justeru, demi kepentingan perpaduan dan perpaduan PRS, para pemimpin dalam majlis tertinggi parti itu telah bersetuju dengan barisan konsensus yang akan mengetepikan keperluan untuk pemilihan bagi jawatan presiden dalam mesyuarat tritahunan (TDC) PRS yang akan datang, kata Setiausaha Agung PRS, Datuk Ir Janang Bungsu.
"Kata sepakat mengenai barisan kepimpinan hanya dapat dicapai selepas pengorbanan peribadi yang besar dilakukan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai dan pemangku presiden PRS Datuk Joseph Salang," ujarnya.
Menurut beliau, John Sikie yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus telah mempamerkan sikap yang mengagumkan dengan menawarkan diri untuk menerima jawatan yang lebih rendah dalam barisan konsensus walaupun telah menerima banyak pencalonan untuk jawatan presiden parti.
Sementara itu, katanya Salang telah bersetuju untuk menerima jawatan presiden parti bagi mengekalkan keseimbangan dalam parti.
"Jika kita gagal dalam menguruskan krisis dalam parti ia boleh menjejaskan imej PRS serta imej kepimpinan politik Dayak," tambah Janang.
Jawatan presiden PRS kosong selepas penyandangnya Tan Sri Dr James Jemut Masing meninggal dunia pada 30 Oktober tahun lalu pada usianya 72 tahun akibat sakit.
Sejak itu Salang yang merupakan bekas Ahli Parlimen Julau dan timbalan presiden PRS memangku jawatan berkenaan.
Sebelum ini Naib Presiden PRS Datuk John Sikie Tayai yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden telah bersetuju menarik diri demi mengutamakan perpaduan parti.
Tegas Janang lagi, pucuk pimpinan PRS menyedari kesan buruk terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) jika mereka tidak berupaya menguruskan konflik dalaman parti secepat mungkin.
Sikie, yang merupakan Menteri di Pejabat Premier Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, manakala Salang ialah bekas timbalan menteri dalam kabinet persekutuan dan bekas Ahli Parlimen Julau, adalah dua pemimpin parti yang menyerahkan kertas pencalonan bagi jawatan presiden.
PRS sebuah parti komponen dalam GPS akan mengadakan persidangan perwakilan tiga tahun sekali (TDC) di Sibu pada 23 dan 24 April ini.
Lynch Cowan
Thu Apr 21 2022
Datuk Joseph Salang Gandum sebelum ini dipilih memangku jawatan Presiden PRS yang sebelum ini disandang Mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing. - BERNAMA
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula 26 Februari dengan Titah Diraja oleh Sultan Ibrahim. Perbahasan usul, RUU penting, dan Kertas Putih Agenda Negara Menua turut menjadi agenda utama.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
Malaysia perlu pendekatan komprehensif untuk tangani isu simpanan persaraan - SC
SC mengembangkan rangka kerja PRS untuk membolehkan penyedia semasa dan pengurusan pelaburan digital menawarkan PRS berasaskan algoritma.
PRS sahkan tampil muka baharu, calon wanita dalam PRU15
PRU15 di Sarawak bakal menyaksikan enam kerusi Parlimen menjadi medan pertahanan dan pertempuran PRS.
Sah! Joseph Salang Gandum kini Presiden PRS
Joseph Salang Gandum akan menggalas tanggungjawab yang sebelum ini digalas mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing yang meninggal dunia pada 30 Oktober tahun lalu.
PRN Sarawak: Sebelum Nicholas, ada beberapa nama lain dicadang di DUN Baleh
Parti Rakyat Sarawak (PRS) memaklumkan terdapat beberapa nama dicalonkan untuk menggalas tanggungjawab di DUN Baleh.
PRN Sarawak: "Pembangkang hanya tahu berjanji, saya alu-alukan kehadiran mereka" - Liwan Lagang
"Lebih ramai bertanding di Dun Belaga, lebih meriah, saya alu-alukan," kata Datuk Liwan Lagang.
Pemergian Masing: Joseph Salang Gandum kini pemangku PRS
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan PRS sendiri iaitu Datuk Joseph Salang Gandum.
Calon GPS 'sesuai' pegang jawatan TPM - Masing
Pemilihan Timbalan Perdana Menteri melibatkan ahli parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan satu langkah tepat dalam pembentukan kerajaan baharu.
Empat pemimpin parti komponen GPS menghadap Agong Isnin depan
Agong telah menjemput dan memberikan khalayak kepada presiden parti komponen GPS melalui persidangan video dari pejabat ini pada hari Isnin, 14 Jun 2021 jam 11.00 pagi.
MAHB, Malaysia Airlines bekerjasama laksana proses pemeriksaan keselamatan lebih selamat
Sistem Penyelarasan Penumpang telah dipasang di titik hubungan utama lapangan terbang itu dan Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan pertama menggunakannya.
Definisi 'penduduk negeri' dalam Perlembagaan Sarawak perlu diperjelas - ADUN Batu Kitang
Istilah 'penduduk negeri' dalam Perlembagaan Sarawak perlu diperjelaskan untuk menjaga keistimewaan rakyat Sarawak bagi melayakkan mereka menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).