KUALA LUMPUR:Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bekerjasama dengan Malaysia Airlines memperkenalkan Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS) baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (Kod IATA: KUL) untuk meningkatkan keselamatan dan mempercepatkan proses pemeriksaan keselamatan.
MAHB dalam satu kenyataan hari ini berkata PRS telahpun dipasang di titik hubungan utama lapangan terbang itu dan Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan pertama menggunakannya bermula bulan ini.
"Kami terus memanfaatkan teknologi untuk bergerak seiring dengan keperluan keselamatan yang terus berkembang bagi memberi keselesaan kepada penumpang.
"Dengan pelaksanaan PRS, kami berharap dapat mempercepat, memantap dan mempermudahkan proses keselamatan untuk manfaat semua pemegang kepentingan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dalam kenyataan tersebut.
Antara manfaat daripada sistem itu termasuklah keselesaan kepada penumpang dengan barisan menunggu lebih pendek yang akan membantu memudahkan penjarakan fizikal yang selamat ketika melakukan perjalanan dalam norma baharu ketika ini.
KUL telah memasang 10 unit PRS di Terminal 1 dan 12 unit di Terminal 2. Sistem baharu itu merupakan satu lagi inisiatif dalam pelan pendigitalan Lapangan Terbang 4.0 MAHB untuk meningkatkan keselamatan lapangan terbang dan kecekapan operasi syarikat penerbangan.
PRS merupakan sistem pemeriksaan keselamatan automatik baharu yang dapat mengimbas dan memadankan maklumat dokumen perjalanan penumpang ke pangkalan data penumpang Malaysia Airlines dalam masa nyata.
"Bukan sahaja Malaysia Airlines akan mendapat manfaat daripada kecekapan operasi hasil daripada data masa nyata, PRS juga akan dapat meningkatkan keselesaan pelanggan apabila kakitangan di darat boleh dimaklumkan dengan segera sekiranya terdapat keperluan untuk mengesan penumpang semasa panggilan terakhir menaiki pesawat," kata MAHB.
Selain itu, mana-mana bagasi milik penumpang yang tidak menaiki pesawat dapat dikesan dengan segera dan dikeluarkan dengan serta merta bagi meningkatkan lagi keselamatan dan menambah baik masa pusing balik pesawat.
KUL baru-baru ini menerima skor cemerlang 5.0/5.0 dan menduduki tempat teratas dalam kaji selidik terkini Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) global oleh Airports Council International (ACI) bagi kategori lebih 40 juta penumpang setahun pada Suku Keempat 2020.
ASQ menanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi keseluruhan kepuasan penumpang bagi keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan.
"Kami akan terus menawarkan penyelesaian dinamik dan mengekalkan momentum kami sebagai satu daripada lapangan terbang utama di dunia. Apabila perjalanan udara kembali rancak kelak kami berharap lebih banyak syarikat penerbangan akan dapat merasai pengalaman PRS ini," kata Mohd Shukrie
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 06 2021
PRS telah dipasang di titik hubungan utama lapangan terbang itu dan Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan pertama menggunakannya. - Gambar fail
AWANI Pagi: APMM | Perisai samudera negara, perkukuh keselamatan maritim
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim,Timbalan Ketua Pengarah (Logistik),
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengenai peranan agensi itu dalam memperkukuh kekuatan dan keselamatan maritim.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengenai peranan agensi itu dalam memperkukuh kekuatan dan keselamatan maritim.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan DXY yang meningkat.
Niaga hadapan MSM dijangka rendah minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah minggu depan dalam persekitaran prestasi eksport yang kurang memberangsangkan, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Bursa Malaysia dijangka pulih, aktiviti dagangan meningkat minggu ini
Sentimen pasaran yang lebih baik dijangka menggalakkan pembelian saham berharga rendah, dengan FBM KLCI berpotensi pulih selepas dagangan perlahan minggu ini.
Adakah tarif Trump bakal cetuskan perang dagang global?
Ketegangan perdagangan semakin memuncak dengan tindak balas Mexico, Kanada, dan China terhadap tarif Amerika Syarikat. Bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, kita kupas kesan dasar ini kepada ekonomi global, impak jangka panjang kepada A.S., dan bagaimana negara lain menyesuaikan strategi perdagangan mereka.
Mengapa FBMKLCI Menurun Walaupun Ekonomi Malaysia Kukuh? | Januari 2025
Pada Januari 2025, FBMKLCI mencatatkan penurunan sebanyak -5.20% walaupun terdapat laporan ekonomi yang menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia. Mengapa ini berlaku? Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidaksepadanan antara data ekonomi dan prestasi pasaran? Sertai kami bersama Mohd Sedek Jantan, Ketua Penyelidikan Pelaburan di UOB Kay Hian Wealth Advisors, untuk membincangkan fenomena ini.
EPL: Amorim percaya 'perkara lebih baik akan tiba' di Manchester United
Keputusan itu menyaksikan Palace melonjak ke tangga ke-12, dan The Red Devils kekal di kedudukan ke-13.
Perbicaraan hari pertama kes abai Zayn Rayyan bermula hari ini
Seramai 15 saksi akan hadir memberi keterangan terhadap Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.
Imam masjid di Teluk Intan buat laporan polis, dakwa difitnah bekas ADUN
Mohamad Lotfi menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang imam.
Tarif AS: Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia - Scholz
Canselor Jerman, Olaf Scholz menyeru agar sekatan perdagangan tidak digunakan memecahbelahkan dunia, lapor Reuters. Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer pada Ahad, beliau akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA
Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.
Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.
Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal
Enam pegawai JKDM yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik (vape) baru-baru ini, telah ditukarkan ke bahagian tidak kritikal.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Mercedes-Benz dan MAG sediakan kenderaan mewah antara terminal di KLIA
Mercedes-Benz Malaysia dan Malaysia Aviation Group, telah memperkenalkan perkhidmatan pemindahan terminal peribadi yang eksklusif, bagi meningkatkan pengalaman perjalanan mewah bagi pelanggan elit.
Masuk kawasan larangan KLIA, penulis warga UK didenda RM700
Seorang penulis bebas warga United Kingdom didenda RM700 atas pertuduhan memasuki kawasan larangan di KLIA.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.