KUCHING:Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) artikel 16 Perlembagaan Sarawak bagi mentafsirkan serta menjelaskan perkataan ‘penduduk negeri’ adalah untuk menjaga keistimewaan rakyat Sarawak bagi melayakkan mereka menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Jelas ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang, perlembagaan sedia ada tidak mengukuhkan tujuan itu.
“Situasi sekarang ini, semua rakyat dari Semenanjung Malaysia dapat masuk ke Sarawak dan tinggal di sini mempunyai alamat dan menjadi ‘penduduk negeri.’
“Mereka boleh mencalonkan diri dalam pilihan raya dan jika mereka menang mereka akan berada di dalam DUN kita. Ini adalah keadaan sekarang” jelasnya dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Tambahnya lagi, atas sebab itu kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak(GPS) berhasrat mengubah RUU ini bagi memberi definisi jelas mengenai istilah 'penduduk negeri'.
“Tetapi DAP membuat masalah dengan memutar belitnya.
“Saya ingin menjelaskan bahawa ini adalah niat baik GPS dan ini adalah politik DAP yang merungsingkan rakyat” tegas Lo.
Sementara itu, ADUN Layar, Gerald Rentap Jabu pula memberi jaminan GPS sentiasa mempertahan hak rakyat Sarawak.
Malah GPS katanya tiada langsung hasrat untuk membawa rakyat bukan Sarawak sebagai ADUN seperti yang dipersoalkan ADUN Kota Sentosa, Chong Chieng Jen semasa pembentangan RUU berkenaan.
“GPS dianggotai empat komponen iaitu PBB, SUPP, PRS dan PDP.
“Dalam perlembagaan semua parti ini, syarat keahlian mestilah rakyat Sarawak. Justeru kita tidak akan meminta seseorang di luar Sarawak sebagai calon,” jelasnya.
Semalam, Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar menangguhkan RUU untuk meminda Perlembagaan Sarawak selepas terdapat anomali berkaitan tafsiran istilah ‘penduduk negeri’ yang melibatkan Seksyen 66 dan Seksyen 77.
Baca: Anomali punca (RUU) pinda Perlembagaan Sarawak ditangguh - Speaker
Fadilah Sulaiman
Wed Nov 11 2020

Lo Khere Chiang (tengah)dalam sidang medianya menegaskan hanya rakyat Sarawak yang berhak menjadi calon pilihan raya di negeri itu. - Foto: Astro AWANI

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

Sembilan pakej LPB Sarawak Fasa 1 siap, dibuka kepada pengguna jalan raya
Status kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Fasa 1 melibatkan sembilan pakej sepanjang 641 kilometer (km), telah siap sepenuhnya.

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

AirBorneo akan muktamad penjenamaan, adakan pertandingan cipta logo
AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).