Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa kerajaan negeri dan Persekutusan tidak perlu selari dalam konteks membangunkan Sabah disifatkan tidak berasas.
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendakwa, kenyataan itu memperlihatkan Mohd Shafie hilang hala tuju sekali gus mahu terus membiarkan rakyat menderita dan ekonomi negeri tidak membangun.
Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut mendakwa, kenyataan tersebut merupakan politik murahan yang dijual Parti Warisan Sabah (Warisan).
"Dia (Mohd Shafie) harus sedar bahawa dari dahulu kita lihat negeri-negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan tidak akan membangun, rakyat menderita dan ekonomi akan sengsara.
"Saya bagi contoh, untuk membina jalan raya di luar bandar dengan kos RM200 ke RM300 juta, sudah tentu kerajaan negeri tiada kewangan untuk melaksanakan projek itu.
"Itu baru satu contoh. Banyak lagi contoh-contoh (iaitu) Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan, bekalan elektrik luar bandar," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Hari ini, Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk kerajaan negeri selari dengan kerajaan Persekutuan.
Katanya, hubungan pentadbiran sedia ada sudah cukup untuk terus membangunkan Sabah.
Mengulas lanjut, kata Bung, rakyat Sabah ada peluang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 pada 26 September ini untuk membuat pilihan.
"Adakah rakyat mahu memilih kerajaan yang tidak bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan atau memilih parti yang membentuk kerajaan negeri yang sehaluan dan seimbang dengan kerajaan Pusat," katanya.
Assim Hassan
Mon Aug 31 2020

Ahli Parlimen Kinabatangan itu menegaskan, kenyataan tersebut merupakan politik murahan yang dijual Parti Warisan Sabah (Warisan).
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Mahkamah Tinggi benarkan permohonan penangguhan perbicaraan Bung Moktar dan isteri
Mahkamah membenarkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan melibatkan pertuduhan rasuah RM2.8 juta berhubung pelaburan dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Rasuah: Keputusan sama ada Bung Moktar, Zizie Izette bebas atau bela diri 2 Sept ini
Ia berhubung pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Kes rasuah Bung Moktar dan isteri: Pendakwaan tutup kes, hujahan lisan 24 Jun
Pihak pendakwaan dalam kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, menutup kesnya hari ini selepas memanggil 30 saksi.

Rasuah RM2.8 juta: Keterangan cukup untuk dakwa Bung Moktar, isteri - Pegawai penyiasat
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa terdapat keterangan mencukupi untuk mendakwa Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.

Ini peluang ahli parlimen buktikan kekuatan Parlimen sebagai medan suara rakyat
Bung Moktar mahu semua ahli dewan membuktikan kekuatan Parlimen sebagai medan sebenar suara rakyat di peringkat akar umbi apabila pembukaan sidang Parlimen.

Parti, MP boleh kemukakan usul tetapi perlu faham peraturan 15 - Bung Moktar
Mana-mana parti mahupun ahli parlimen berhak untuk mengemukakan usul termasuk Usul Tidak Percaya untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Sabah Memilih: Shafie Apdal sudah hilang hala tuju, politik murahan Warisan - Bung Moktar
Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa kerajaan negeri dan Persekutusan tidak perlu selari dalam konteks membangunkan Sabah disifatkan tidak berasas.

Zizie Ezette bakal timang anak perempuan
Wah bestnyer, moga segalanya dipermudahkan...

Mesin pengimbas lapangan terbang: Asal berbunyi, semua kena raba - Bung
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan kualiti mesin pengimbas di lapangan terbang negara ini berkualiti amat rendah.