KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 2 Sept untuk memutuskan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dibebas atau diperintah membela diri atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.
Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How dan peguam M. Athimulan yang mewakili Bung Moktar serta peguam Datuk K. Kumaraendran bagi pihak Zizie Izette.
Terdahulu, Law berhujah keterangan saksi pendakwaan menunjukkan Bung Moktar memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta untuk memastikan Felcra Berhad melabur sebanyak RM150 juta dalam Public Mutual Berhad manakala Zizie Izette pula bersubahat dengan suaminya dalam memperoleh suapan itu, atau dengan sengaja membantu atau berkonspirasi dengan suaminya melakukan jenayah tersebut.
"Zizie Izette telah memperkenal ejen Public Mutual Madhi Abdul Hamid, saksi pendakwaan ke-24 (SP24) dan SP25 (perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar) kepada Bung Moktar dan Zizie Izette mengetahui SP25 mempunyai cita-cita untuk mendapatkan Felcra sebagai pelanggan bagi produk unit amanah yang dipromosikan oleh SP25 sejak 2011.
"SP25 telah menyatakan hasratnya kepada Zizie Izette bahawa beliau ingin berkenalan dengan Bung Moktar supaya dapat memasarkan produk unit amanah kepada Felcra Berhad," katanya di akhir kes pendakwaan.
Law berkata keterangan yang menunjukkan wang berjumlah RM2.8 juta itu diterima oleh Zizie Izette juga tidak disangkal oleh pembelaan.
Beliau berkata wanita itu sama sekali tidak terlibat dalam urusan melibatkan Felcra Berhad terutama pelaburan oleh Felcra Berhad di dalam Public Mutual kerana urusan pelaburan oleh Felcra Berhad adalah urusan rasmi.
"Dalam kes ini, peranan Zizie Izette hanyalah untuk memperkenal Bung Moktar kepada SP24 dan SP25. Oleh itu, tidak ada sebab lain untuk Zizie Izette menerima wang berkenaan melainkan untuk satu tujuan iaitu diberikan kepada suaminya," kata Law.
Menurut Law, Bung Moktar sepatutnya melaporkan kepada Ahli Lembaga Pengarah jika SP24 dan SP25 ingin memberikan wang yang ada kaitan dengan urusan pelaburan Felcra Berhad dan bukannya mendiamkan diri malah tindakan pasangan itu menunjukkan 'conduct' untuk melakukan jenayah.
Katanya tiada keterangan menunjukkan pasangan mereka membuat apa-apa deklarasi kepada Felcra Berhad iaitu mereka atau seorang daripada mereka menerima apa-apa bentuk komisen atau fi daripada pelaburan Felcra Berhad dalam unit amanah itu sedangkan keterangan SP25 jelas menyatakan bahawa SP25 telah memberitahu Zizie Izette berkaitan 'introduction fee' yang dikatakan ingin diberikan kepada wanita itu.
Athimulan pula berhujah bagi membuktikan semua pertuduhan terhadap anak guamnya perlu ada bukti pembayaran oleh SP24 dan SP25 kepada Bung Moktar serta bukti penerimaan yang menunjukkan bahawa Bung Moktar telah memperoleh suapan itu.
"Berdasarkan rekod, tiada keterangan daripada SP24 dan SP25 yang menyatakan bahawa mereka telah memberikan suapan kepada Bung Moktar dan telah diterima oleh tertuduh. Malahan keterangan kedua-dua saksi utama pendakwaan langsung tidak menyokong kes mereka. Berdasarkan keterangan yang direkodkan, jelas bahawa Bung Moktar langsung tidak menerima suapan itu," katanya sambil menambah bahawa keterangan SP24 dan SP25 telah memusnahkan kes pendakwaan.
Beliau berkata SP24 dan SP25 telah disifatkan oleh pendakwaan sebagai saksi belot kerana keterangan mereka di mahkamah serta kenyataan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak konsisten dan tidak boleh dipercayai, oleh itu perlu ditolak meskipun keterangan mereka disokong atau sebaliknya.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Bung Moktar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022

Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 2 Sept untuk memutuskan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dibebas atau diperintah membela diri. - Gambar fail/BERNAMA
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Wang tunai RM170 juta, 16kg jongkong emas dalam 3 peti besi di 'safe house' - Azam Baki
Wang tunai RM170 juta dengan pelbagai mata wang serta jongkong emas ditemui di sebuah kondominium di ibu negara yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu kepada Ismail Sabri.

Kertas siasatan kes rasuah wartawan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya - Azam Baki
Kertas siasatan kes rasuah membabitkan seorang wartawan sebuah portal berita yang ditahan pada Jumaat lepas, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Op Sky: Enam lagi individu direman
Enam lagi individu melibatkan pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan, direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM tahan empat lagi individu disyaki terbabit kes rasuah pinjaman peribadi
SPRM menahan empat lagi individu kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.

Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.

Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, membela diri atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.

Ahli perniagaan dilepas, dibebaskan dua pertuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang ahli perniagaan daripada dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, lima tahun lepas.

SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Datuk Seri
Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lalu.