KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat keterangan mencukupi untuk mendakwa Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas kesalahan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta.
Pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Haris Ibrahim, 42, berkata beliau mengesyorkan kepada pihak pendakwaan untuk mendakwa Bung Moktar dan isteri berdasarkan dokumen yang diperoleh serta keterangan saksi-saksi (yang dirakam percakapan oleh SPRM).
"Jumlah wang yang disyorkan bagi pertuduhan terhadap Datuk Seri Bung Moktar dan Datin Seri Zizie Izette adalah RM2.8 juta," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How pada perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.
Penguasa Kanan SPRM itu berkata berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan, beliau telah mencadangkan kepada pihak pendakwaan supaya Bung Moktar mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 manakala Zizie Izette atas pertuduhan bersubahat di bawah Seksyen 28(1) (c) akta sama.
Disoal sama ada isu wang RM2.8 juta pernah ditimbulkan sebagai 'introduction fee' (wang pengenalan) kepada Zizie Izette sebelum pertuduhan terhadap pasangan suami isteri dicadangkan kepada pihak pendakwaan, saksi pendakwaan ke-27 dan terakhir itu menjawab: Tidak pernah.
Law: Sejak bila kamu dengar RM2.8 juta itu adalah 'introduction fee' untuk Datin Seri Zizie Izette?
Mohd Haris: Saya dengar mengenai 'introduction fee' pada Februari 2021 selepas dimaklumkan oleh pegawai penyiasat yang menggantikan saya bagi mengendalikan kes ini iaitu Penguasa Kanan Mohd Ihsan.
Dalam prosiding sebelum ini, perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar memberitahu mahkamah bahawa Zizie Izette layak menerima wang pengenalan RM2.8 juta memandangkan pelakon itu memperkenalkan suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Mohd Haris turut memberitahu mahkamah bahawa Norhaili dan ejen pelaburan, Madhi Abdul Hamid tidak pernah dipaksa, diugut dan dijanjikan oleh SPRM semasa rakaman percakapan mereka direkodkan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara 2016 dan 2017.
Mereka juga tidak mengadu kepada pihak SPRM ketika rakaman percakapan mereka diambil.
Kepada soalan peguam M.Athimulan yang mewakili Bung Moktar, saksi itu berkata rakaman percakapan Norhaili direkodkan sebanyak empat kali manakala Madhi, lima kali.
Pada awal prosiding, Hakim Rozina Ayob membenarkan bantahan awal oleh pihak pembelaan berhubung maklumat yang diperoleh Mohd Haris daripada pegawai atasan, yang didakwa bersifat dengar cakap dan boleh memprejudiskan kedua-dua tertuduh.
"Mahkamah berpuas hati bahawa maklumat itu tidak boleh dianggap sebagai laporan maklumat pertama (FIR) kerana ia tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta SPRM 2009. Oleh itu bantahan awal pihak pembelaan dibenarkan," kata Rozina.
Pada 12 April lepas, Mohd Haris ketika memberi keterangan berkata, pada 9 Jun 2016 beliau menerima arahan daripada seorang pegawai atasan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menulis aduan berkaitan kes itu.
Bagaimanapun, pihak pembelaan berhujah bahawa aduan berkenaan tidak boleh dianggap sebagai FIR kerana ia dibuat berdasarkan maklumat yang diterima daripada seorang pegawai atasan selaku pihak ketiga, bukan daripada pemberi maklumat.
Pendakwaan pula berhujah aduan yang diterima daripada pegawai atasan itu dikategorikan sebagai FIR bagi membolehkan siasatan dimulakan dan pasukan siasatan tidak bergantung pada laporan itu semata-mata ketika menjalankan siasatan.
Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Bung Moktar juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab serupa dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa terdapat keterangan mencukupi untuk mendakwa Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas kesalahan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta. - Gambar fail/BERNAMA
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.